DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Sabtu, Mei 22, 2010

BFK 21. Mandi Tapi Bukan Kat Ulu Bendul

Bismillah.
Assalamualaikum.

Semoga kawan2 dan keluarga berada didalam keadaan tenang dan senang ketika ini selepas menunaikan solat Isya semestinya. Alhamdulillah.

Pagi tadi keluarga kami quite hectic ..... well "spring cleaning morning". Well well well arahan dari menteri dalam negeri. Saya rasanya terlepas dari aktiviti ni (nak kata benar2 terlepas tu tak le). Pihak surau buat juga "spring cleaning" pagi tadi. Sebagai AJK kita kena commit dengan kariah. Ramai gak yang hadir kat surau. Jam 10 pagi dah siap. Mulanya jam 7.45 pagi. Kat rumah jam 10 pagi dah 99% complete. Anak pertama dah mop sampai kat dapur. Alhamdulillah.


Ganjaran "spring cleaning" untuk kat rumah memang berbaloi. Wife belanja lunch untuk tengahari. Special namanya, special juga menunya. Restoran Nasi Arab Damsyik dengan menu nasi mandi. Alahai yang Serina (JJCM) tu singgah. Kat Senawang.

Jam 12 tengahari kami sampai kat sana. Dah ramai juga kat situ. Kami pilih tempat makan cara bersila. Ada 2 pilihan kat sana, duduk kat meja atau bersila. Nak nampak arab jadi pilih bersila. Kondusif juga tempatnya.


Meja2 yang khas untuk makan bersila. Ada untuk 2 orang dan tiga orang.




Ni meja yang kami pilih. Cukup le untuk 6 orang. Anak pertama, ke 2 dan ke 3 duduk kat meja ujung tu. Anak pertama kat ujung sekali tu. Anak ke 2 kat sebelah kiri, sebelah kanan tu tentu le anak ke 3. Kami berdua dan anak ke 4 meja tengah tu.




Ni salah satu hiasan kat sana. Kalau perhati betul2 ada plak JJCM kat belakang tu. Nampak tak? Nampak! Syukur mata masih elok. Alhamdulillah.




Ni plak gambar ulama2 kat Damsyik.

Kami order 2 set nasi mandi kambing + ayam. Cuba tenguk gambar ni. Huhu.

 
Yang warna oren2 tu ayam (separuh). Yang warna coklat2 (kalau boleh kata coklat) tu kambing (ada 2 ketul). Yang dalam mangkuk tu plak (rasanya) tomato dan cili blend (rasanya jugak). Yang tangan tu plak kepunyaan anak ke 4 kami. Apa lagi mandi manda le kami ber6. Wulawe!. Semua sedap. Ayam very tender. Cuma kambing ada sedikit liat. Overall OK.

Minum plak seperti digambar ni. Arab beb. Nanti saya introducekan. Huhu.


Orait! Kita mulakan dari bawah - shai panas (teh campur daun pudina), 2 yang warna kuning tu jus mangga, sebelah kanan tu shai sejuk dan paling atas kanan tu ayor sprite. Mulanya pun saya tanya gak kat staff situ, air shai tu camno. Rupanya teh. Shai panas tu "manih" dan terasa pudina kat lidah bila diminum. Sorait le tu.

So.....boleh le kawan2 dan keluarga cuba. Tu pun jika tersesat kat Seremban. Selamat malam dan semoga berbahagia bersama yang2 tersayang.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India