DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Isnin, Mei 31, 2010

BFK 26. Sapa Punya Cantik?

Bismillah.
Assalamualaikum.

Semoga kita semua dibawah naungan Allah SWT selalu. Insya'allah.

Seperti yang pernah kami katakan, cerita bab makan ni memang seronok. Tak tahu kenapa. Kami cuma nak tunjukkan masakan yang lain dari kebiasaan kami. Jadi nak tunjukkan apa yang kami masak semalam. Resepi tu kami ambil dari koleksi Dapur Tanpa Sempadan (DTS).

Biar kami tunjukkan dulu hasil resepi pertama. Sila surf blog DTS untuk resepi.

 Kawan2 cubalah2 teka apa kah itu? Tak perasaan? OK, kami bagi 1 klu.

 Roti telur! Ish ish bukan. Murtabak! Not quite. 1 lagi klu, please go western sikit. Lasagna! Betul..... Camno? Kawan2 nampak sedap ke? Atau OK ke? Kalau OK je tandanya iri hati le, tak dapat makan. Hehe. Memang sedap, kami puas hati. Burp.....

Resepi nombor 2 plak. Kita lihat yang mentah dulu.Jeng jeng....

Kawan2 tanya kenapa cantik sangat? Kawan2 macam perli je? Ianya hasil kraf tersendiri 6 orang pakar. Huhu. OK, saya introducekan pakar2 tu. Kita ikut seperti nombor2 tertulis.
  1. Ibu punya
  2. Ayah punya
  3. Anak ke 2 punya
  4. Anak ke 3 punya
  5. Anak ke 4 punya
  6. Anak pertama punya
Tak! Saya tak marah kalau kawan2 teringat mumia ke atau lain2. Itu hanya illusi mistik je. Mata boleh tertipu. Jadi kita tenguk selepas dibakar. Fullamak.....


Tu dia.....wa sudah cakap beb itu illusi mistik je. Tengok tu, mengancam habis! Kawan2 nak cuba try test roti sausage tu? Takleh. Buat le sendiri. Lembut dan gebu. Sedap dipandang lagi sedap dimakan. Haha. Kekadang tu kena ada lain2 style juga. Kalau sama je boring gak. Betul tak betul?


So.....kita makan untuk hidup. Bukan hidup untuk makan. Semoga apa2 yang kita makan memberi tenaga kepada kita untuk beribadah kepada Allah SWT. 


Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India