DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Jumaat, Mei 07, 2010

BFK 11. Jalan2 Selatan

Assalamualaikum.

Ada family member buat proposal untuk masuk Ben Ashaari's Bloggers Group atau minta Mat Gebu's Dapur Tanpa Sempadan buat promosi blog kami. Saya sedang memikirkan alternatif2 tu. Cuma secara peribadi saya suka sesuatu perkara tu berjalan mengikut arusnya sendiri. Mengikut perancangan Allah SWT. Kita cuma perlu sabar......


Kami ke Segamat pada 5/5/10 (Rabu) lalu. Selalunya kami menaiki kereta mini (Kancil 660cc) tapi hari tu kami kena naik kereta besor (Naza Ria). Sebabnya anak ke3 dah habis exam semester 2. Bila cuti semester terpaksa le dibawa balik semua barang2 anak kita. Anak perempuan katakan banyak le barang2 yang perlu dibawa balik. 

Sebelum tu kami singgah ke sebuah bank kat Bandar Segamat. Urusan geran rumah kami kat Seremban ni. Bulan Disember 2009 lepas kami dah selesaikan baki pinjaman melalui KWSP. Selesailah salah 1 hutang yang terbesor. Satu lagi hutang yang masih ada - kereta besor tu. Rasanya lagi 4 tahun baru selesai. Huhu.

Kami sampai kat UiTM Segamat dalam jam 12 tengahari lebih sikit. Lama juga memuat turun barang2 budak tu. Nasib baik bilik kat tingkat bawah (semeter lepas tingkat paling atas rasanya tingkat 3) huhu. Dengan beg2 bajunya, sabun menyabunnya, baldinya, seterikanya, laptopnya dllnya. Jam 1 lebih sikit baru siap. Kami solat dulu kat masjid UiTM. Wife kata lapar. Bukan wife je, perut kami semua pun dah berlagu. 

Jalan2 cari makan kami menghala ke Bandar Segamat semula. Warung biasa yang kami singgah. Sedap masakan kat sini. Selalunya pekena nasi dan ayam goring. Lian chee kang (rasanya betul ejaan ni) kat sini sedap. Isi nya sarat. Sedap... Harga macam Sarina JJCM kata berpatutan. Tuanpunya pun ramah tak berkira sangat. Sekupang dua tu kira halal. Tapi dek kerana dah kat jam 2 petang baru sampai kat situ lauk pun dah nak kat habis. Ayam goring pun tinggal yang kecik2 jadi ada yang makan ayam masak lain. Tambahan ambil udang dan ikan keli goring sambal. Ayor masih lian chee kang. Isi masih juga sarat tapi tak de kismis (dah habis kot). Masih sedap. Balik tapau kopi O ais, nescafe ais dan teh air. Untuk hilang ngantuk. Kami sampai Seremban jam 4.30 petang. Semua selamat. Alhamdulillah.


Anak pertama mula exam 5/5/10 dan berakhir 16/5/10. Esok dia balik Seremban ambil kereta mini. Sama kes. Nak bawa balik barang2 peribadi. Semester depan tukar bilik lagi. Budak laki tak le banyak barang2 perhiasannya.


So..... jumpa lagi. Wassalam.
 

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India