DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Ahad, Mei 23, 2010

BBK 3. Rahsia Untuk Umat Islam

Bismillah.
Assalamualaikum.

Semoga kawan2 dan keluarga sedang bergembira bersantai bersama, memasak bersama atau apa2 aje le.

Saya dah habis membaca buku Membongkar Misteri Dajjal karya Muhammad Nurani Maarif. Padat isi kandungannya. Membuat kita terfikir kepada apa yang sebelum ni kita tahu tetapi tak mahu tahu dengan lebih mendalam. Kita tahu keajaiban berkenaan pembinaan piramid2, monument2 lain seperti stonehenge dan juga mitos mengenai tenggelamnya Atlantis dll. Misteri Merlin umpamanya. Kita cuma buat dek je. Membaca buku ni membuat kita berfikir dan mengajak kita sama2 mencari kebenaran fakta2 yang di ajukan. 

Saya seirama dengan pendapat penulis iaitu "Bencana terbesar umat Islam bukanlah perang atau kebuluran, gempa bumi atau tsunami, tetapi bencana hilang dan pudarnya tauhid Ihsan; krisis keyakinan kepada Allah selaku pencipta, pentadbir dan penguasa alam".

Saya juga bersetuju dangan kenyataan berikut "Hari ini, krisis tauhid atau aqidah sudah sampai ke tahap kritikal, sudah semakin parah. Bukan sekadar murtad bahkan menularnya fahaman baru yang intinya adalah meleraikan tauhid umat Islam. Nama Islam itu tidak ditukar tetapi inti dan fahamannya diberi maksud baru atas nama hak kemanusiaan, kebebasan, demokrasi, toleransi dan pelbagai lagi". Fikir2kan.....


Saya nak mula dengan buku ni pula. Nak join saya. Jom.....




Buku ni saya beli pada 17/9/2007. Dah lama dah. Baca je belum. Buku ni untuk Program Jualan Amal yang dilancarkan tahun tu juga (rasanya). 


Antara topik yang dibincangkan:
  • Rahsia Iblis
  • Rahsia Yahudi
  • Racun2 Dakwah dll
Masa tu harganya RM10 je.

So..... kena tau juga le kenapa peristiwa2 berkaitan umat Islam akhir zaman ni terjadi. Siapa dalang dan tukang karutnya. Betul tak? Selamat berjamu selera dan bergembira bersama keluarga.


Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India