DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Jumaat, Mei 21, 2010

BBK 2. Membongkar Misteri Dajjal

Bismillah.
Assalamualaikum.

Semoga kawan2 dan keluarga dirahmati dan diredhai Allah SWT dalam semua perkara yang dilakukan.

Saya telah habis membaca buku Dajjal Akan Muncul Dari Kerajaan Jin Di Segitiga Bermuda karangan Muhammad Isa Dawud. Selain membicarakan asal usul Dajjal dan hadith2 Nabi SAW, penulis seperti tajuk buku ini membicarakan mengenai Segitiga Bermuda dan juga piring terbang. Dikatakan teknologi yang dipunyai oleh Dajjal melangkau pengetahuan manusia moden melebihi ratusan tahun. Piring2 terbang ini berpengkalan di Segitiga Bermuda. Pesawat ini boleh mencapai kelajuan 18,000 km sejam. Piringnya berputar berlawanan pusingan jam. Istana Dajjal separuh didalam laut dan separuh lagi terapung dipermukaan. Penulis juga menulis berkenaan lambang/simbol Dajjal di wang kertas USD1 dan juga asal usul kabilah ke13 yahudi. Penulis menyakini yang Dajjal adalah berbentuk manusia.

Buku kedua Membongkar Misteri Dajjal karya Muhammad Nurani Maarif baru separuh jalan. Menyakini Dajjal adalah berbentuk manusia seperti penulis pertama. Penulis ini mengaitkan Dajjal dengan tamadun purba dan senibina2 yang ada ribuan tahun dahulu seperti Piramid2 yang ada di seluruh dunia. Tembok besar China, askar2 Terracotta, Stonehenge, Merlin dll. Mengapa? Kena baca sendiri le.

Banyak maklumat yang boleh kita perolehi dari 2 buku ini. Bila kita fikirkan secara rational ada kebenaran hujah2 dan maklumat2 yang diberi. Ada banyak buku2 rujukan yang diberi oleh penulis yang boleh kita baca. Mungkin untuk menambah lagi pengetahuan. Kita ni termasuk umat akhir zaman dan perlu juga tahu perkara2 yang akan berlaku akhir zaman. Sekarang kan dah berlaku banyak gempa bumi dan lain2 bencana alam.

So.....selamat membaca. Jangan lupa makan tengahari.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India