DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Jumaat, Mei 28, 2010

BFK 24. Tiba2 Raya

Bismillah.
Assalamualaikum.


Semoga kawan2 dan keluarga dirahmati Allah SWT. Insya'allah.

Kekadang tu kat depan rumah atau tempat letak kereta kita akan dipenuhi oleh berbagai brosur, pamplet atau kertas2 kecil berkenaan produk, pinjaman, perkhidmatan, jualan murah dan sebagainya. Berbagai rupa dan bentuk untuk menarik perhatian pelanggan. Satu iklan didalam pamplet yang diedarkan secara bulanan di NS mencuit hati kami. Kreatif juga si mamat tu nak tarik attention.



Nak ketawa pun ada dibuatnya. Hari Raya bulan September 2010. Jauh lagi. Raya apa pulak ni? Jualan tiba2 puasa bila plak? Hehe.


Tak pe le tu. Kebetulan plak isteri semasa mengemas kabinet stok barang2 kering terjumpa sebungkus ketupat segera (baki raya tahun lepas). Dia suggest kami rebus je, rugi jika tamat tempuh. Nak dibuat cerita isteri tercinta masak sekali rendang ayam dan kuah kacang. Kami sekeluarga pun tiba2 raya le plak.  Hehe.




Ketupat segeranya. Macam bantal plak.



Ni plak rendang ayamnya. Sedap tu.....




Hmmm.....kuah kacang atau kuah satay. Manis dan berkrim, kegemaran anak2.

Bila dah kat pinggan, tunggu apa.....raya le.


So.....tu le cerita tiba2 raya. Nak berseronok dengan keluarga bila dah berkumpul. Sesekali apa salahnya. Betul tak? Kepada kawan2 sekeluarga dan juga kami sekeluarga, semoga sentiasa diberkati Allah SWT. Insya'allah.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India