Assalamualaikum.
Selamat bertemu. Semoga kawan2 semua berada didalam keadaan sihat sejahtera dan dilindungi Allah SWT selalu.
Semalam saya tak dapat menghadiri majlis bacaan yassin dan doa selamat. Kita merancang tetapi Allah SWT yang menentukan. Saya dan isteri bergegas ke Kuala Langat kerana urusan keluarga. Lepas je saya click "publish post" button isteri dapat panggilan minta kami balik.
Jam 3.00 petang kami mulakan perjalanan. Dari Seremban memakan masa 45 minit. Tak le drive macam formula 1. 45 minit tu kira relak mode. Lama juga kami kat sana. Dekat jam 10 malam kami beransur balik. Balik ni saya bawa kurang sikit formula 1. Anak pertama call katanya dah sampai kat Terminal 1 Seremban. Berdesup2 juga. Kat jam 10.45 malam sampai kat Terminal.
Sampai rumah jam 11 malam. Sebelum tu dah SMS anak kat rumah, sampai je kami kat rumah tukar kereta terus pergi makan kat luar. Lepas je mandi kami keluar jjcm kat Seremban 2. Tempat makan ni memang kami selalu pergi. Masakannya memang kena dengan taste bud kami berenam. Saya order kuey teow bandung, isteri minta nasi goring ikan masin, anak pertama pula makan nasi goring kampung, anak ke2 favourite dia kuey teow goring mamak (tak pernah bertukar menu), anak ke3 makan nasi goring pattaya dan ke4 meehon sop. Untuk halwa tekak pula kami order lai chee kang 2 mangkuk, kopi ais, air kosong dan teh panas. Dek kerana penat dan banyak minum jadi tak le dapat habiskan kuey teow bandung tu. Jadi disharekan dengan anak2. Rehat jap bila sampai rumah kami tidur. Penat betul rasanya semalam.
Malam ni pun heavy juga menu kami. Ni pun kerana cukup korum. Menunya ayam bakar black pepper dengan sos cendawan. Side dish pula mashed potato dengan sos black pepper, coleslaw (kubis dan carrot) dan roti bun (buat sendiri beb!). Ayah punya roti 2 ketul yang lain2 1 biji je seorang. Anak2 suka bahagian paha, kami berdua pula suka bahagian dada. Minuman pula koktel buah2an. Kenapa kami suka cerita pasal makan? Well memang aktiviti tu kena kita lalui tiap2 hari. Sedap pula nak bercerita. Haha.
Ni kami berkumpul ramai2 kat bilik utama. Jimat kos. Lagi pun ada aircond kat sini. Esok anak pertama bawa kereta mini balik kat U. Seperti saya katakan dulu nak bawa balik segala assesori dari U. Nak cuti semester katakan.
So....sampai sini bicara kali ni. Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan