Bismillah.
Assalamualaikum.
Semoga kita semua dilindungi Allah SWT daripada melakukan perkara2 mungkar. Insya'allah.
Dalam tahun 60 dan 70an ada 1 jenis judi yang dinamakan "loteri kebajikan masyarakat". Tiket2nya boleh dibeli kat mana2. Not sure ada lagi tak benda tu sekarang ni. Ramai gak orang kita yang membelinya. Huhu. Nak cepat kaya.
Negara semakin maju dan membangun. Banyak jenis judi ada. Banyak juga dikatakan premis2 judi bertaburan kat negara kita. Semasa ni paling banyak diperkatakan rakyat sekarang ni "judi bola". 1 dunia punya beb. Piala Dunia! Football fever katakan. Diperkatakan orang dah diluluskan permitnya. Berjaya kata kita berjaya kalau begitu. Berjaya habuan dunia. Tapi hampeh di.....
Kat nusantara ni ada 1 jenis judi yang popular. Sejak dari dulu kala lagi. Sampai ada dikisahkan dalam cerita2 rakyat lagi. Kalau seluruh nusantara ada benda ni patutnya boleh diluluskan atau dihalalkan. Rasanya dah jadi budaya kita dari dulu lagi. Tak payah ada premis besar2. Kena jaga tak budaya atau warisan kita ni?
Sabung ayam! Kan selalu diceritakan kat anak2 kita cerita Pak Andeh (cerita Pak Pandir ke?) dan Mak Andeh. Dikisahkan sampai tergadai kampong dibuatnya. Fuuh.
Kan tak payah ada premis besar2. Wat kat hutan atau semak samun je, pasti dapat sambutan. Hehe. Tapi takleh nak sokong warisan ni kerana kejam kat haiwan. Lebih baik buat rendang ke, kari ke atau goring pun sodap. Dapat pahala gak beri keluarga makan. Betul tak?
So.....kawan2, buatlah pilihan yang tepat. Utamakan hak Allah SWT kat dunia ni. Selamat kita. Insya'allah. Sambil tu fikir2kan.
Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan