Bismillah.
Assalamualaikum.
Kawan2, kita berjumpa lagi. Semoga semuanya sihat2 hendaknya. Insya'allah. Sebelum makan tengahari kami makan buah ciku. Rasanya buah ni favourite saya nombor 2 (anak ke 2 dan ke 3 pun suka buah ni). Tapi rasanya buah favourite keluarga kami semestinya durian. Tapi masa ni tak nampak pun dijual kat sini. Sebelum fikiran jauh sampai kat Johor atau Pahang kita kembali kat buah ciku tadi. Buah tu pemberian ibu mertua ku masa kami balik kampong sekejab Selasa lepas. Buahnya belum boleh dimakan. Kena peram dulu.....
Kita peram kat dalam bekas simpan beras gitu. Kena timbus habis macam masak nasi beriani gam. Baru elok masaknya.
Cuba try test buah ciku tu. Fullamak manis betul.
Ada juga buah mangga yang diberi. Kami buat air mangga. Blender dan ditambah gula dan air sejuk. Fuh sedop betul. Minta maaf gambar air mangga tak sempat ambil. Dah habis baru teringat nak ambik gambor. Huhu.
Ha.....gambar sebiji dari manga2 yang diberi oleh ibu mertua ku. Manis dan tak berserat. Tu sebab buat air. Alhamdulillah. Terima kasih kat ibu mertua ku.
Petang tadi wife buat vade untuk minum petang. Korum kami cukup jadi kekadang tu petang buat juga minum petang. Selalunya kami skip minum petang jika keluarga tak cukup korum.
Ha.....raw material nak buat vade tu. Kacang dhall yang dah di blend (lepas direndam), bawang besar dihiris, cili hijau dan cili "rawit" dihiris. Lepas tu digaul dengan 1 biji telur. Di adun dan digoring. Jadi le sebegini.....
Lovely (ikut kata Chef Wan). Kami makan kat pintu depan. Masa tu hujan, sejuk jadi laju je habis. Kena pula dengan teh panas. Fuh.....kembong perut dibuatnya minum teh. Berterima kasih kat wife kerana rajin.
Dish makan pula kulit lembu masak lemak, sayur kacang panjang goring campur pedal dan ayam goring. Lovely sekali lagi. Alhamdulillah.
Cuma tunjuk kuah lemak tu je. Yang lain tak payah le. Nanti terliur pula. Susah pulak kami. Huhu.
So..... itu je le. Selamat beristirehat dengan keluarga tersayang. Selamat malam dan wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan