DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Isnin, Mei 10, 2010

BSK 2. Angpow Raya?

Assalamualaikum.

Semoga semua kawan2 dirahmati Allah SWT adanya. Jadi apa yang akan kita bicarakan malam ni? Makan? Kereta? Keretapi? Tak mungkin. Saya nak sentuh satu isu semasa. Demokrasi! Satu aspek yang penting kat Malaysia. Pemimpin kita mengakui Malaysia ialah negara Islam dan mengamalkan sistem demokrasi (betul rasanya ejaan ni).

Untuk pengetahuan kawan2 kami bukan le selalu tenguk TV. Di kalangan adik beradik (sebelah saya dan isteri) kami je yang tak langgan Astro. Tak kira le berita ke, bola ke atau lain2 rancangan. Jadi petang tadi sambil nak tunggu Maghrib kami tertenguk berita kat 1 saluran ni. Berita jam 7. Isteri nak tahu perkembangan di Acheh. Kena tahu juga serba sedikit berita2 ni.

Nak dijadikan cerita tak de pulak berita Acheh. Berita untuk Sibu banyak pulak. Berita yang orang besar ni nak buat projek elak banjir (dengar2 dah 50 tahun kawasan ni banjir). Ada sorang lagi nak naik taraf hospital. Lagi sorang nak adakan pekerjaan kat rakyat yang berkelayakan kat sana. Macam tu le yang saya dengar. Yang berkata2 tu seorang Melayu, seorang Cina dan seorang lagi India (fullamak 1 Malaysia beb!).


Rupanya Raya kat Sibu plak. Haha. Rasanya macam satu parti je yang bertanding. Tak plak nampak parti2 lain masuk TV. Itu le semangat demokrasi tulen. Seperti kata Abdul Wahib "demokrasi terpimpin". Huhu.


Ada juga berita salah seorang calun yang bertanding. Dah ada buka akaun facebook. Baru buka bulan April 2010 dan dah ada 600++ kenalan (saya pun tak berapa faham jargon kat facebook ni). Tunjuk calon ni je melawat hospital dan bermain squash dengan menteri pusat. Tapi kalau satu parti je yang bertanding buat pe buat berita besar2 kat TV? Mesti ada parti lain kot? Tapi kenapa tak de di beri masa kat TV macam kat negara2 maju yang lain. Malaysia tak maju ke? Jika maju mentaliti mesti jauh dihadapan. Global gitu. Tapi......


Hari ni tak nak cerita pasal makan. Kawan2 nak tahu juga? Makan malan ni simple je. Nasi putih. Ikan kembung goring dan sayur peria masak tumis. Anak ke 2 proses dan goring ikan. Huhu saya yang proses dan masak peria. Budget under control.


So.....setakat ni dulu. Kami ucapkan selamat malam dan selamat membuat persiapan untuk tidur.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India