Bismillah.
Assalamualaikum.
Semoga kawan2 dan keluarga diberikan ketenangan ketika ini. Ketenangan selepas pulang mencari perkara yang dihajati dalam hidup ini. Tunaikan solat Asar jika kita belum menunaikan tuntutan tu lagi. Insya'allah tenang kita.
Saya dan anak pertama solat Jumaat di Masjid Negeri hari ni. Sampai lewat kat masjid. Salah kami juga kerana lewat keluar. Bersaing dengan mereka2 yang nak ke masjid dan yang keluar makan, well..... tentu le lewat. Masuk perkarangan masjid je azan pertama berkumandang. Tak tahu le dapat apa hari ni. Moga Allah SWT berikan juga ganjaran kepada kami walaupun bernilai sebiji telur. Amin.
Khutbah hari ni "Jihad Pelajaran". Pasti sempena Hari Guru. Fakta menarik yang diberikan adalah buat masa ni 5.7 juta anak2 kita sedang belajar kat sekolah2 di Malaysia. Kat nak 1.0 juta di IPTA dan IPTS. Secara informal di surau2 dan masjid tak dapat statistiknya (rasanya ni kariah setempat) yang belajar bab2 agama. Tak lak diberitahu jumlah pelajar yang belajar kat luar negara.
Intipati yang diberikan kita (ibubapa dan anak2) semestinya menghormati guru. Guru2 memberi kita ilmu dan bimbingan.
Rumusan saya mengenai ilmu. Sebenarnya cabang ilmu mana yang dikatakan ilmu yang bermunafaat? Ilmu yang memastikan anak2 kita (dan kita juga) menjadi manusia yang lurus hati dan kuat imannya. Manusia yang sanggup berkata yang hak tu hak dan yang bathil itu tetap bathil. Anak2 yang doanya meringankan kita diakhirat. Berkemungkinan jika kita dididik dengan baik kita akan bersetuju dengan mereka2 ini.
Bagi saya jika kita seorang yang berpendidikan (high, higher, highest level). Which ever level kita berada kita mesti sudah tahu untuk memilih yang mana baik yang mana buruk. Semestinya kita walau berlainan parti (parti tupperware ke, parti MLM ke, parti bola ke) kita mesti bersatu menolak benda yang tidak baik. Pemimpin2 muslim yang diangkat oleh rakyat semestinya bersatu memilih hak Allah SWT. Tiada hak lain selain hak Allah SWT. Tetapi.....
So.....dimana kita ni? Ikut je atau lawan? Selamat untuk semua.
Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan