Bismillah.
Assalamualaikum.
Semoga kawan2 bahagia disamping keluarga kerana institusi keluarga amatlah penting didalam Islam. Keluarga yang bahagia dan soleh mengeluarkan manusia yang penuh kasih sayang dan membina masyarakat yang perihatin kepada perintah Allah SWT.
Tahniah kepada pihak yang berjaya di "Raya Sibu" tempuh hari. Tak nak komen panjang mengenainya. Cuma saya bersetuju dengan tulisan saudara Jauhari Alang dari Kuching yang bertajuk "PR, not BN, should do post-mortem on Sibu". Pakatan Rakyat perlu membuat analisa samada memang pengundi memihak kepada PR atau mereka memprotes kepimpinan KM atau BN secara umumnya. Bagaimana untuk mempastikan tsunami ini berkekalan bukan sahaja dari pengundi berbangsa Cina tetapi dari semua golongan masyarakat tak kira kat Semenanjung atau Sabah/Sarawak. Saya juga bersetuju dengan Dr Siti Mariah Mahmood yang mengatakan "Close cooperation ensured PR victory". Kerjasama erat berkemungkinan salah satu faktor penyumbang kemenangan calon PR. Semua itu andaian dan perancangan kita dan kita pasti Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui dan Perancang yang Sempurna. Semoga Allah SWT memberi kemenangan selanjutnya.
So.....Sibu akan dapat tak apa yang dijanjikan? Sama2 tunggu.....
Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan