DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Khamis, Mei 20, 2010

BSK 4. Mahkamah Syariah Lebih Rendah?

Bismillah.
Assalamualaikum.

Selamat saya ucapkan kepada kawan2 dan keluarga semua. Saya rasa semuanya dah minum pagi. Alhamdulillah.

Negara kita dikatakan sebuah negara Islam semenjak zaman pemerintahan Dr. Mahathir lagi. Kerajaan masa ini tidak menyanggah pengakuan itu. Malah negara kita mempunyai Mahkamah Syariah sendiri. 

Semalam dalam BH ada artikel "Memertabatkan imej Mahkamah Syariah - Pengumuman naik taraf jawatan Hakim Syarie disambut baik". Saya bukanlah pembaca tegar atau "pajak" akhbar2 arus perdana ni. Saya membacanya apabila ada kesempatan je. Kekadang tu bila kat rumah sedara mara, kat restoran dll. Saya pun bukan dikalangan golongan cerdik pandai Islam. Saya cuma ingin mengulas mengikut pemahaman saya dan rentetan isu semasa je. 

Dalam artikel ada tertulis "Namun, selepas 20 tahun, kedudukan Mahkamah Syariah pada hakikatnya masih pada taraf rendah berbanding Mahkamah Sivil daripada sudut hieraki, perjawatan, jaminan perjawatan, keselarasan dan penyeragaman undang2 serta penghakiman". Pada saya statement tu merupakan intipati artikel berkenaan. Kenapa boleh terjadi sedemikian?



Kalau dinisbahkan dengan penduduk Malaysia ramai juga orang Islam kat negara kita ni. Berjuta juga. Kalau orang Islam ramai kenapa Mahkamah Syariah masih bertaraf rendah. Sepatutnya ianya sudah lebih advance dari Mahkamah Sivil itu sendiri. Apa kemungkinan terjadi begitu? Pada hemat saya:
  1. Kita selesa dengan undang2 buatan manusia
  2. Kita merasai undang2 Islam menyusahkan
  3. Kita tidak peduli
Ada banyak lagi kemungkinan2 yang kawan2 lebih arif.


Kita selesa dengan undang2 buatan manusia kerana kita berpandukan pendidikan barat. Ada yang bersekolah agama diwaktu petang tetapi pendidikan sekular adalah lebih diutamankan. Berpendidikan moden (jika boleh dikatakan) lebih berupaya mendapatkan jawatan. Jika kita belajar sejarah, kita telah ditanam bahawa orang Cina berniaga, orang India bekerja diladang dan orang Melayu makan gaji. Jadi mentality sampai sekarang ........ (termasuk saya kot).


Kita merasakan undang2 Islam menyusahkan mungkin kerana kita sendiri jahil. Sebabnya kita Islam keturunan. Kita tidak mencari Islam tu. Keluar2 dah dapat nama Abdullah, Muhammad, Abu Bakar, Umar, Osman, Ali, Khadijah, Fatimah, Aishah dll. Bila dah pencen baru nak mula belajar. Bukan mudah kita nak berubah bila badan dah semakin uzur dan pemikiran dah semakin nyanyuk. Cuma kesabaran, kecekalan, doa dan bantuan Allah SWT sahaja yang boleh meransang. Alhamdulillah jika kita dibantu Allah SWT.  



Kita tidak peduli kerana kita sibuk dengan urusan sendiri. Mencari rezeki (dikatakan) dari pagi sampai malam. Kita  ingin menggapai kemewahan dan hidup bersenang lenang. Itu impian semua orang. Jadi kita tidak ambil kisah apa yang berlaku disekeliling kita. Kita berpegang "asal boleh cari makan dan boleh beribadat serba sedikit tak kisah".


Kita mempunyai ramai graduan2 berkelulusan syariah kat negara kita. Kenapa tidak dipergunakan dari dulu? Kenapa sekarang baru nak dinaik taraf? Sepatutnya undang2 Islam tu paling tinggi di Malaysia. Jika kita mahu undang2 Islam tertegak dengan megah di Malaysia pemimpin2 mesti terlebih dahulu mempraktikannya. Undang2 tu diambil keseluruhannya. Sistem pendidikan mesti berlandaskan Islam. Malaysia mempunyai pemimpin2 yang bijak, intellectual Islam ramai, graduan2 berpendidikan Islam pun dah ramai, NGO2 Islam pun banyak begitu juga institusi2nya. Kes2 profile tinggi orang Islam pun sepatutnya di bicarakan di Mahkamah Syariah. Kenapa ditolak permohonan dan diminta dibicarakan di Mahkamah Sivil? Ni buat orang pening. Pemimpin Islam sendiri tak nak gunakan Mahkamah Syariah. Ajaib.

So.....kita fikir2kan sendiri. Pilihan ditangan kita. Untung dulu atau untung kemudian.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India