Bismillah.
Assalamualaikum.
Kami teruja bila melihat siaran "Seruan Haji" kat TV1. Dah musim haji sekali lagi! Setiap kali mengikuti rancangan ni, melihat klip tetamu2 Allah SWT di Mekah dan Madinah, terasa 1 macam perasaan kat dalam hati ni. Cemburu! Irihati! Kepada bakal tetamu2 Allah SWT tu. Huhu.
Walaupun sudah bergelar tetamu Allah SWT pada tahun 2005 tapi kami tetap merasa cemburu dan irihati pada bakal tetamu2 Allah SWT ni. Kenapa? Kerana mereka2 ini memang bakal menjadi tetamu Allah SWT. Ingat senang ke nak jadi tetamu Allah SWT. Yang terpilih sahaja yang dapat yop! Tak percaya? Pernah tak kawan2 terdengar cerita2 mengenai bakal2 haji yang dah buat kenduri doa selamat, yang dah siap kemaskan baju dan pakaian ihram kat dalam beg, yang dah dalam perjalanan ke Kelana Jaya dan yang dah lain2 yang sewaktu dengannya. Tiba2 kita dapati mereka2 tak dapat menjejakkan kaki kata Tanah Suci. Ada tak? Itu ketentuan Allah SWT.
Yang banyak duit pun tak semesti dapat ke sana. Yang berpangkat tinggi pun sama. Tup2 orang biasa, yang menoreh, yang menangkap ikan, yang bercucuk tanam, yang jadi kerani, yang jadi drebar, yang jadi opis boy, yang jadi dispatch yang pergi. Ketentuan Allah SWT tu.
Tetamu2 Allah SWT ni akan pergi ke tempat yang diberkati. Kedua-dua tanah haram ni memang mengasyikkan. Merasa seronok untuk beribadat dan seronok tinggal disana. Perasaan tu memang ada pada setiap manusia. Kami tak pasti samada ada manusia2 yang memang menghindari diri untuk menjejakkan kaki kat sana.
Ganjaran kebaikan yang diberikan berlipat kali ganda di sana. Tak dapat disaingi di tempat lain. Tenaga yang dikurniakan Allah SWT untuk beribadat pun rasanya berbeza. Lebih dari tempat lain.
Bagi kami pengalaman melakukan haji amat jauh berbeza dari melakukan umrah. Perumpamaan macam langit dengan bumi. Pengalaman, cabaran dan keseronokan melakukan haji menusuk jauh kedalam jiwa kita. Beribadat dihadapan Kaabah, tawaf, saie, di Masjid Nabi, di Arafah, di Mina dan semasa melontar jamrah. Kami akan ingat sampai bila2. Syurga balasannya kawan2.
Melakukan umrah pula, pada kami macam santai je. Bukan kata tak mencabar, tapi lebih kepada kita melancung sambil beribadat. Itu nikmat yang Allah SWT anugerahkan kepada umat Nabi Muhammad SAW. Penghapus dosa kawan2.
2 tanah haram di Arab Saudi, kita merasa gembira untuk kesana dan merasa sayu untuk meninggalkannya.
So..... semoga kita semua ditetapkan oleh Allah SWT dapat menjadi tetamu Nya di Makatul Mukaramah dan tetamu Rasul Nya di Madinatul Munawarah. Amin.
Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan