DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Sabtu, September 25, 2010

BSK 83. Sistem Pendidikan Sedang Dicabul

Bismillah.
Assalamualaikum.

Terkejut juga kami bila membaca artikel yang disiarkan di MalaysiaKini berkaitan dengan sistem pendidikan. Secebis dari artikel tersebut:

Menurut kawan-kawan guru, golongan atasan di dalam Jabatan Pendidikan amat menjaga "KPI" mereka yang berdasarkan kepada peratusan kelulusan dan juga peratusan mendapat "A". Lagi pun ini untuk "membantu Melayu", kata mereka. 

Ingin membaca berita penuh?
Klik je sini!

Boleh ke kita menerima apa yang dikatakan dan dilakukan? Adakah mereka2 ini benar2 membantu anak2 Melayu? Adakah mereka2 ini cuma mahu menjaga KPI sendiri2 sahaja? Memang mereka anak2 Melayu, tapi.....

Dari timbangan atau neraca mana justifikasi "membantu Melayu" ni mereka ambil? Rasa macam membantu "diri sendiri" je. Fikir2kan.

Kita kan ada ramai graduan dari maktab2 perguruan, gunakan khidmat mereka. Apa kata, murid2 yang lemah di sesebuah sekolah itu di tempatkan dalam 1 kelas khas, berikan kepada kelas2 ni graduan2 yang berkaliber sebagai guru. Biar mereka berusaha untuk menaikkan prestasi dan meningkatkan keupayaan anak2 bangsa Malaysia ini. Berikan guru2 ini ruang untuk menunjukkan dan melaksanakan kreativiti mereka. Pantau dari masa ke semasa. Untuk yang mengambil UPSR dimulakan dari tahun 4 dan PMR dari tingkatan 2. Berkemungkinan keputusan yang didapati memberangsangkan dan banyak jawatan guru dapat di ujudkan. Win win!   

Kami selalu mengingatkan anak2 kami, samada yang kat U atau kat sekolah supaya jangan menipu dan meniru. Tak kira samada dalam ujian kecil atau ujian besar. Pada kami, perkara2 itu akan mencacatkan kelulusan yang kita terima. Mencacatkan rezeki yang kita terima. Rezeki yang kita usahakan dengan kelulusan tersebut pada kami tidak berkat. Hasil usaha rezeki tu yang akan kita belanjakan untuk keluarga dan juga ibu bapa. Huhu. Kawan2 fikir2kan dengan fikiran terbuka, betul atau salah apa yang kami katakan.

Rezeki yang halal lagi diberkati penting, amat penting kerana ianya akan menjadi darah daging kita dan keluarga kita. Jika mencari kelazatan dunia, jangan lupa apa yang bakal terjadi diakhirat. Fikir2kan sekali lagi.

So..... semoga kita semua dihindari Allah SWT dari terjebak dengan musibah dunia dan kita semua sentiasa dibawah perlindungan Nya. Amin. Insya'allah.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India