DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Khamis, September 16, 2010

BSK 76. Menteri Besar Selangor Nak Ke Tidak

Bismillah.
Assalamualaikum.

Kadang2 kami baca gak berita kat Malaysiakini. Ada satu berita tu mencuit hati kami. Tajuk nya 'Khir Toyo nak tunjuk macho'. Secebis dari berita tersebut:
Semalam, Malaysiakini melaporkan, Ketua Pembangkang Dr Mohamad Khir tidak lagi berminat kembali menjadi menteri besar Selangor sekiranya BN berjaya merampas kembali negeri itu daripada Pakatan,

Untuk berita penuh:
www.malaysiakini.com/news/142756

Selangor, negeri paling kayo kat Malaysia! Pembangunan pesat kat negeri ni. Pada pendapat kami semua ADUN yang berkelayakan teringin nak jadi menteri besar negeri ni. Tak percaya?

Cuba kawan2 tanya kucing jantan ni, "awak tak suka makan ikan ke?". Kalau dia anguk2 kepala, sah dia bukan kucing. Dia mungkin tikus berbulu kucing. Kucing mana yang tak makan ikan yob! Kawan2 akan kata "ada", kucing montel kak dalam TV tu. Itu kucing kayo, makan perisa ikan je. Hehe.

Bukan kami kata semua, tapi segelintir ahli politik tidak dapat dipegang kata2 mereka. Fikir dulu sebelum kita terima bulat2 hujah mereka2 ini. 

So.....semoga Allah SWT memasukkan kita didalam golongan hamba2 Nya yang amanah lagi ikhlas. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India