DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Selasa, September 14, 2010

BSK 75. Pembunuhan Jutawan Kosmetik

Bismillah.
Assalamualaikum.

Heboh sekarang ni kes pembunuhan jutawan kosmetik, Sosilawati Lawiya dan 3 yang lain di Tanjung Sepat. Kes berkemungkinan berkaitan dengan jual beli hartatanah. Membabitkan jutaan RM juga.

Kita tidak dibenarkan berspekulasi berhubung dengan kes ini memandangkan ianya masih dalam siasatan pihak berkuasa. Tapi pada pandangan kami ianya menjurus kepada satu perkara je. Kebendaan atau kekayaan! Dilampiskan dengan sikap rakus dan tamak.

Zaman ini memang manusia mencari kebendaan dan kekayaan. Rasanya sudah menjadi trend manusia moden. Ingin hidup senang lenang didunia. Berbagai cara dicari. Otak ligat memikirkan pelbagai jalan untuk mendapatkan apa yang diingini. Halal, haram atau halam. Semua ditry.

Dikatakan jutawan tu membawa RM4 juta tunai sewaktu ke Banting untuk berurusan. Banyak tu! Terlalu berani pada pendapat kami. Mendatangkan atau mengundang musibah sebenarnya. Mungkin RM4 juta tu cuma seciput je buat empunya diri. Wallahualam.

Kekadang tu kita sibuk berusaha dan mencari tetapi kita lupa kita akan ditanya mengenai usaha dan pencarian kita tu.

"Maka apabila datang hari yang bencananya amat besar, Iaitu hari manusia akan mengingati apa yang telah diusahakannya, Dan neraka diperlihatkan kepada sesiapa sahaja yang dapat melihatnya, Maka (dapatlah masing-masing mengetahui kesudahannya); adapun orang yang melampau (perbuatan derhakanya), Serta ia mengutamakan kehidupan dunia semata-mata, Maka sesungguhnya neraka Jahanamlah tempat kediamannya."      [Surah An-Naazi'aat: 34-39]

Apa pun kami simpati dengan keluarga mangsa perbuatan kejam tu. Takziah dari kami. Semoga mereka semua menerima ketetapan itu dengan tenang. 

So.....semoga Allah SWT memberi kita ketenangan dalam semua aspek kehidupan kita dan kita sentiasa mensyukuri segala apa yang diberikan kepada kita. Amin.

Wassalam.





0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India