DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Selasa, September 28, 2010

BSK 85. Melayu Mesti Terajui Negara Ini, Wakil BTN Beritahu Puteri Umno

Bismillah.
Assalamualaikum.

Sekarang ni bersepah mengenai isu perkauman, isu bangsa. Huhu. Kenapa? Semakin PM nak mempromosi konsep 1Malaysia, semakin hebat isu perkauman ni dimainkan. Ada apa2 yang tak betul ke ni? Sebagai rakyat Malaysia kami pun nak tahu jugak jawapannya. Betul ke tak betul?

Well, kita baca dulu apa yang disiarkan kat The Malaysian Insider. Bagus jugak berita tu. Jom2 baca.....
Klik sini!

1 soalan yang perlu dijawab secara ikhlas dari kita semua. Ada ke orang "Melayu" yang betul2 "Melayu" kat Malaysia ni?

Di negara Malaysia, orang Melayu didefinisikan menurut perlembagaan dalam pekara 160(2). Menurut perkara ini, orang Melayu ditakrifkan sebagai [12]:

   1. Seorang yang beragama Islam
   2. Bertutur bahasa Melayu
   3. Mengamalkan adat istiadat Melayu
   4. Lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) atau di Singapura atau pada hari merdeka, dia bermastautin di Persekutuan atau di Singapura.

Takrifan undang-undang ini adalah ditetapkan demi keperluan politik di negara Malaysia.


Pernah tak kawan2 dengar 1 istilah yang rasanya masih digunapakai oleh bangsa2 lain kat Malaysia ni. Istilah tu "masuk melayu". Realitinya memang betul istilah tu. Rasanya bangsa2 lain dah faham betul dengan definasi orang Melayu menurut perlembagaan. Haha.

Kita ambil 1 contoh. Sebuah keluarga Melayu, mempunyai sepasang anak. Ditakdirkan, anak lelaki berkawin dengan wanita berbangsa Cina. Yang perempuan pulak berkawin dengan lelaki berbangsa India. 2 pasangan ni tinggal bersama ibu bapa Melayu ni. Pertuturan harian menggunakan bahasa Melayu, menerima agama Islam. Cuba kawan2 membuat tekaan, anak2 kedua-dua pasangan ni nanti berbangsa apa?

Kita ambil 1 contoh lagi. Pasangan berbangsa Cina atau India. 1 keluarga menerima Islam sebagai pegangan hidup. Duduk di perkampungan Melayu dan mengikut adat istiadat Melayu. Cuba kawan2 membuat tekaan lagi, anak selepas menerima Islam dan keturunan mereka2 ni berbangsa apa?

Banyak kes2 benar yang boleh kita perolehi. Anak2 orang ternama, artis2 sebagai contoh. Orang biasa memang ramai.

Bangsa Melayu kat Malaysia ni, jangan marah kalau kami katakan, pada pendapat kami macam baju melayu je. Sesiapa pun boleh pakai. Orang berkulit gelap, berkulit kuning langsat, berkulit putih, berkulit apa2 le. Yang utama Islam, berbahasa dan mengikut adat Melayu. 

Tu sebab kami berikan pendapat dulu, dalam kad pengenalan letak je:
Agama: Islam/Bukan Islam (boleh letak agama yang dianuti)
Bangsa: Malaysia
Seperti kami kata dulu, Melayu tu bayangan Islam. Kenapa kita nak bertelagah, mungkin mereka2 yang bersama-sama kita atau kita sendiri datang dari contoh2 kami diatas. Cuba fikir2kan.

Tapi kami tak pasti apa maksud wakil BTN dengan statement akhir dia:
“Jadi, Puteri Umno mesti berkawan dengan golongan muda bukan Melayu,” kata beliau. 
Kawan2 fikir2kan lagi le.....

So..... semoga kita semua ditetapkan Allah SWT termasuk didalam golongan orang2 yang bertaqwa. Amin. Insya'allah.

Wassaalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India