DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Isnin, September 27, 2010

BFK 104. Masa Malas Masa Rajin

Bismillah.
Assalamualaikum.

1 malam tu memang kami semua malas sangat nak masak. Entah! Wife kata "abang masak le". Sejuk hati dengar permintaan wife. Jom2 ikut.....

Kawan2 agak apa ke bendanya yang kami masak tu? Rasa2 macam tau, tapi tak tau. OK le, kami bagitau, wife suggest kami goreng baki nasi impit yang ada kat dalam peti sejuk. Senang je dish tu. Nasi impit dipotong dadu. Letak cili padi, bawang besar, bawang putih, tomato dan sedikit air kat dalam blender. Brrr sampai lumat. Tumis dalam kuali. Letak sos tiram, kicap dan gula secukup rasa. Letak garam sikit sebagai penaik rasa. Masukan nasi impit, gaul hingga rata. Pecahkan telur, gaul lagi. Siap!

4 orang tak cukup sepinggan nasi impit tu. Jadi kami masak 1 lagi dish. Jom2 ikut lagi.....

Apakah dia bendanya tu? Bila malas kami rajin masak simple dish ni. Ada contradiction ke kat ayat tu? Tak de rasanya. Nama commercial, scrambled eggs. Nama manja plak telur hancur. Senang je nak prepare. Bawang kuning dipotong kecil2, tomato dipotong dadu. Tumis bawang dan tomato, sprinkle sedikit lada putih/hitam. Pecahkan 2 biji telur dan gaul hingga rata. Letakkan dalam pinggan, tambah mayonis dan sos cili. Makan dengan roti atau pun boleh begitu sahaja.

Dalam hidup ni ada waktu2nya atau masa2nya yang tertentu. Malas, rajin. Senang, susah. Tidur, jaga. Muda, tua. Dan..... Dalam apa keadaan sekali pun pergunakan waktu atau masa tu dengan baik.

So..... semoga kita semua ditakdirkan oleh Allah SWT termasuk didalam golongan hamba2 yang menghargai masa yang dikurniakan Nya. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India