Bismillah.
Assalamualaikum.
Ini yang kami petik dari MalaysiaKini.....
Ketua Wira NGO itu Arman Azha Abu Hanifah berkata, sebagai "panglima perang dan hulubalang Melayu" mereka akan sedia mengekori ke mana saja Namewee mengadakan siri jelajah dan persembahannya selepas ini.
"Kami sambut (siri jelajahnya) dengan tangan terbuka. Kalau dia buat konsert di dalam (dewan), kita akan 'berkonsert' di luar," katanya ketika diminta mengulas rancangan terbaru artis muda itu.
Nak baca berita penuh.....
Klik sini!
Beruntung si Namewee! Nama dia sekarang dah terkenal kat serata dunia. Dapat publisiti percuma! Dengan bantuan sebuah NGO Melayu yop! NGO Melayu terbesar plak! Baru je melancarkan album sulung. Kami pasti album dia meletup, bukan sahaja kat Malaysia tapi kat luar negara. Fullamak! Dalam hati dia kot mungkin berkata "thanks tough guy, thanks tough guy's President". Tak payah dia panggil sidang media. Tiap2 hari berita dia mendapat liputan. Huhu. Menangis gembira tu!
Akan semakin mekar dan harum nama NGO Melayu tu nanti dihati orang2 Melayu kat Malaysia. Mungkin juga kat hati orang2 keturunan Melayu kat serata dunia ni. Melayu boleh! Hidup Melayu! Tak Melayu hilang di dunia!
So..... semoga kita semua tergolong didalam golongan hamba2 Allah SWT yang ikhlas lagi bijak dalam segala keadaan. Amin. Insya'allah.
Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan