Bismillah.
Assalamualaikum.
Nak cerita pasal biskut yang memang ada nostalgia kat keluarga kami. Nama commercial nya pineapple tart. Nama manja pula tat nenas. Tat nenas kami ni mendapat sambutan yang baik dari rakan2 kat KLCC dan kat taman kami ni satu masa dulu. Bila pindah kat Bangi kami dah tak jual dan buat lagi. Well, well, well, semalam kami gotong royong membuatnya sekali lagi. Selepas 7 tahun lebih kami melupakannya. Jom2 ikut.....
Tat nenas gulung! Tak le cantik atau menawan rupa paras nya. Atau handsome ke. Tapi permintaan sampai sekarang pun masih ada. Samada kat KLCC atau kat taman kami ni.
"Tat nenas dibawa belayar, dibawa belayar dalam perahu, banyak mana pun kawan2 nak order, 1 Malaysia kami tak mahu".
Jom2 ikut kami lagi.....
Kira OK le, dah 7 tahun tak buat tapi masih boleh maintain keaslian. Tapi, ada juga tapinya, hehe, dibuat kecil sikit dan guna lapik. Itu je. Well, dah habis kami cerita pasal pineapple tart.
Atas ni pulak biskut siput atau nama glamornya snail biscuit. Haha. Kena makan pelan2. Baru dapat menikmati bahan2nya.Ish ish.
Biskut badam rangup. Berbentuk kipas lagi. Menarik kan! Melihat je dah sejuk badan.
Habis pun cerita pasal biskut2 raya yang kami buat. Persiapan kawan2 pada pendapat kami pasti lebih rapi. Apa2 pun jangan membazir.
So.....semoga kita semua dibawah perlindungan Allah SWT dari sifat membazir dan semoga kita semua juga dikurniakan sifat syukur dan berterima kasih dengan segala kurniaan Nya. Amin.
Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan