Assalamualaikum.
Kami sekeluarga pergi beraya semalam. Menziarahi keluarga isteri. Kami bertolak lepas zohor.
Destinasi kami, 2 buah kampung kat Banting, Selangor. Jom2 ikuti pergerakan kami.....
Kampung Sri Cheeding, Banting - rumah kakak ipar kami. Kami dijamu dengan biskut raya. Pelbagai jenis juga. Ada satu tu, disalut jem berperisa jambu, sedap. Lepas solat asar kami bertandang kat rumah mertua kakak ipar, lat 1 rumah je.
Rumah kedua - rumah mertua kakak ipar. Dijamu dengan biskut raya gak. Biasa le hari raya, biskut raya! Takkan biskut marie plak! Ish ish. Bapa mertua kakak ipar ni suka berbual, memberi nasihat dan pendapat. Orang dulu2, suami isteri dah mula puasa 6 sejak raya kedua. Kami sedap je tala biskut raya. Borak punya borak, timbul kes pembunuhan jutawan kosmetik tu. Menurut wak ni, dia tak terperanjat dengan kes2 sebegini. Menurut beliau lagi ianya memang lumrah diakhir zaman. Manusia tidak lagi mengikut panduan agama, tetapi mengikut telunjuk nafsu. Taraf manusia belum sampai lagi ketahap haiwan tetapi sedang menuju kearah itu. Huhu. Manusia berlumba mencari kesenangan dunia. Perumpamaan yang diberikan, dunia sekarang bak pasaraya yang hendak ditutup. Barang2 semua dijual murah. Berlumba-lumba manusia, tak kira kaya, miskin, tua, muda semua berkerumun. Allah SWT menghamparkan semua khazanah dunia ini untuk direbut oleh manusia yang mencarinya. Sebelum dunia dihancurkan. Kawan2 fikir2kan.
Kami merentas Banting, Morib, Tanjung Sepat ke Bukit Bangkong. Melalui kawasan pembunuhan jutawan kosmetik, tapi kami tak berhenti. Ada ustaz kata kita tidak digalakan berhenti kat kawasan2 yang ada musibah. Hmm.....
Kampong Bukit Bangkong - rumah keluarga kakak ipar isteri. Selain biskut raya, kek dan berjenis asam jeruk, kami dijamu dengan mi goreng. Sedap, kenyang gak dibuatnya. Tak lama kat sini kerana dah dekat nak maghrib.
Kami balik ke kampung isteri, Kampung Tumbuk Darat. Jom2 ikut lagi.....
Permandangan matahari terbenam, diambil dari dalam kereta. Subhanallah, indah ciptaan Allah SWT. Kami sampai kat rumah mak mertua waktu maghrib.
Kampung Tumbuk Darat - rumah mak mertua. Lepas maghrib kami makan nasi impit dengan ayam masak kicap dan rendang daging. Sedap ni, di bawa dari Felda Suharto.
Lepas makan kami keluar beraya kat 3 buah rumah lagi kat situ. Jom je.....
Rumah pertama - rumah wak isteri kami. Orang nya dah berumur 84++ tahun tapi masih cergas. Boleh lagi menyanyi lagu jepun yang dipelajari masa zaman pemerintahan Jepun. Tak lama kami kat sini.
Rumah kedua - rumah adik isteri. Adik bongsu. Banyak gak biskut yang ada, tapi kami makan yang lain sikit, kacang gajus dan kacang cerdik a.k.a. pistachio. Kacang cerdik? Ish ish.
Rumah ketiga - rumah adik isteri juga. Banyak biskut raya. Ada buah, katanya langsat air, jadi kami makan buah tu je. Rasa nya dah banyak sangat makan biskut. Kalau ada lain, bedal yang lain.
Jam 11.00 malam kami balik ke rumah mak mertua. Sebu juga perut kami. Lepas solat isya kami tidur. Penat!
Mak mertua masak nasi lemak untuk sarapan. Perut masih terasa sebu lagi. Banyak minum air semalam. Panas! Kami pergi juga kat bilik melegakan perut tu. Ada gambar kami nak share dengan kawan2. Ikut.....
Gambar terbaru anak saudara kami. Cute! Hehe. Dah nampak besar sikit. Dah menjangkau 2 kilo.
Sorry! Bukan iklan raya kat TV. Tak ada beca terbang! Hehe. Sejenis bunga yang ada kat rumah mak mertua kami. Entah apa namanya. Tapi nampak cantik.
Salah satu buah favourite kami. Buah ciku! Lembut dan manis. Mak mertua beri lebih 15 biji untuk dibawa pulang. Sedap tu!
Kami balik Seremban lepas sarapan. Cuaca gelap bila kami kat dalam perjalanan pulang. Hujan mulai turun bila kami keluar dari Pekan Tanjung Sepat.
Kami selamat sampai kat rumah lebih kurang jam 10.00 pagi. Alhamdulilah.
So.....semoga kita semua dihindari Allah SWT dari segala malapetaka dan musibah. Amin.
Wassalam.

0 comments:
Catat Ulasan