DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Rabu, September 22, 2010

BSK 79. Who's The Boss

Bismillah.
Assalamualaikum.

Kami teruja bila membaca tulisan MP Lembah Pantai yang dipetik dari The Malaysian Insider bertajuk "Open letter to Nazri and Awang Selamat: Who’s the boss? — Nurul Izzah Anwar". Kami menghormati MP ni dan juga keluarga beliau.

Nak baca dulu?
Klik je sini 

Kami bersetuju bila dia mengatakan "boss" sebetulnya adalah "rakyat" dan "Perlembagaan Persekutuan". Well, dalam keadaan negara kita sekarang, memang ada betulnya. Kalau kawan2 setuju, adakah Nazri selamat atau Awang Selamat selamat. Haha. Kami pun ada juga kawan bernama Selamat masa bertugas kat Segamat dulu. Baik orang nya.  

Kami keluar dari topik yang diperkatakan oleh MP Lembah Pantai. Siapa sebenarnya "boss" kita? Kita semua akan ada jawapan tersendiri. Betul tak? Tapi pada kami "boss" kita yang sebenar-benar nya hanya Allah SWT. Boss2 lain akan bersara, samada bersara sementara atau bersara kekal. Tak payahlah kami huraikan lebih lanjut. Kawan2 faham rasanya istilah sementara dan kekal tu.

Adakah kita mengingati dan memuji boss sebenar kita ni? Bila? Bila bersolat kita akan membesarkan Nya, Allahuakbar! Setiap menukar rukun kita menyebut, Allahuakbar. Takkan masa solat je?

Kita digalakkan bertasbih berzikir memuji dan mengingati Allah SWT pada setiap ketika. Ada 99 nama Allah SWT yang kita ketahui. Kan boleh berzikir menggunakan nama2 tu. Zikir paling afdal dan yang biasa kita sebut ialah "lailahaillallah". Banyak cara lagi yang kita boleh memuji dan mengingati Nya. Kawan2 pilihlah cara sendiri.

Ada ustaz berkata bahawa syurga tu tidak mempunyai apa2. Bila kita berzikir, memuji dan mengingati Allah SWT, akan tumbuh pohon2 dan segala sesuatu untuk hamba yang memuji dan mengingati Nya. Wallahualam.

Pada kami bila kita dah tahu siapa boss sebenar kita, kita tak perlu risau siapa boss sementara kita. Kita secara otomatik akan dapat menyesuaikan diri dengan sesiapa je dan dapat memberi yang terbaik dalam segala situasi. Tak payah kita nak berbalah, tak perlu nak bertekak. Segala perkara kita pulangkan kepada Allah SWT.

So..... semoga kita semua termasuk didalam golongan hamba2 Nya yang sentiasa berzikir memuji dan mengingati Pencipta kita. Amin.

Wassalam. 

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India