DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Ahad, September 12, 2010

BFK 93. Satu Hari Sebelum Raya

Bismillah.
Assalamualaikum.

Hari Khamis, 9/9/10, merupakan hari yang paling memenatkan kami sekeluarga. "Hari memasak sedunia" kiranya. Buat pertama kali kami merayakan Aidil Fitri kat rumah sendiri. Kebiasaannya, kami bergilir, satu tahun kat Tanjung Sepat, satu tahun lagi kat Slim River. Kat rumah sendiri kena le organize betul2. Mak, abah, kakak dan adik kami sekeluarga beraya bersama. Yang paling utama, makanan. Lauk pauk dll.

Nak tahu apa yang dimasak? Jom2 ikut kami.....

Ketupat segera! Malas nak menganyam daun ketupat, jadi beli aje. Rasanya bukan malas, tapi tak pandai anyam. Haha. Pecah rahsia. Ada lemang, tapi lemang cap telunjuk je. Tak payah le ditunjuk gambor nya. Hehe. 

Ini all time favourite kami sekeluarga. Kacang panjang dihiris dan dimasak dengan hati dan pedal ayam. Di tambah dengan santan. Lagi dipanaskan dan sebati lagi ngam. Orang jawa kata "momot". Anak yang tak makan sayur pun belasah semacam masakan ini. Heran!

Satu lagi masakan yang mesti ada, sambal goreng tempe. Orang Jawa tau le masak lauk ni. Bahan2 utama seperti tempe, kentang, suun, fucuk, hati dan pedal ayam. Kalau letak "babat" lagi best. 

Ha.....kuah ni pun mesti ada. Sambal kacang atau sambal satay. Satay nya tak de la. Anak2 suka makan dengan ketupat dan lemang. Kami pulak, kalau dah nak habis baru ambik sikit. Haha.

Rendang ayam. Sedap tu! Ayam di goreng seketika. Kalau tak nanti jadi serunding ayam. Biasa le ayam ternak.

Ni plak, rendang udang. OK tak? Nampak macam sedap je. Ada anak yang berkenan dengan masakan ni. Haha.

Macam biasa, kegemaran kami juga ni. Sambal tumis sotong rendam. Sedap makan dengan lemang. Menjilat jari.

Kari daging. Ni memang sedap. Wife buat resepi sendiri. Tak tau le rempah ratus dan bahan apa yang digaul hingga anak yang tak minat kari mengari pun balun jugak. Haha.

Kami sekeluarga mula projek lauk pauk ni jam 10.00 pagi dan selesai jam 4.30 petang. Pengalaman yang memenatkan tapi seronok. Satu keluarga gotong royong. Berbaloi!  Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Kami sekeluarga masak untuk 15 orang. Untuk berbuka dan untuk jamuan pada pagi raya.

Esok, insya'allah kami cerita plak kisah "1 hari di Hari Raya". Tunggu.....

So..... semoga kita semua dikurniakan Allah SWT dengan sifat kasih sayang dan saling hormat menghormati sesama insan. Amin. Insya'allah.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India