DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Isnin, September 06, 2010

BFK 91. Hari Mengemas Sedunia

Bismillah.
Assalamualaikum.

Anak2 yang kat IPT dah balik untuk beraya. Kiranya dah cukup korum kat rumah ni. Projek besar "biskut2 raya" dah settle. Jadi hari ni wife beri 1 lagi tender untuk 1 lagi projek besar, semua terlibat ni. Huhu. Menangis ni!


Well, Hari Raya kan pada 1 Syawal 1431H, rasanya pada hari Jumaat, 10/09/10 ni. Ada juga yang kata mungkin hari Khamis, 09/09/10. Well, kita tunggu je. Apa2 pun memang jatuh pada 1 Syawal 1431H. Itu memang dah tak boleh ditukar. Berbalik pada projek besar kedua kami. Kalau kat opis dinamakan "spring cleaning". Kat rumah kami namakan "hari mengemas sedunia". Baru gah sikit. Ada le motivation nak buat. Kira2nya 1 dunia sama2 buat. Hehe. Bila dah dimulakan, baru terbentuk team2 tersendiri. Permulaannya dengan arahan mem besar. Secara tak langsung hari ni terbentuk 2 team. Team "dapur" dan "selain dapur". Haha.

Jom2 ikut kami.....

Team Dapur terdiri dari wife dan anak ke 2. Gambar diambil semasa proses kemas mengemas tu dilakukan. Banyak kerja tu, lap semua yang ada kat bahagian dapur. Dari sekecil-kecil hingga sebesar-besarnya. Ada yang dah memancar-mancar dan ada yang masih berserabut. Well, step by step. Oh yeah!

Team satu lagi tu, kami, anak pertama, ke 3 dan ke 4. Tugasan meliputi setiap benda yang ada kat tempat makan dan ruang2 tamu. Lap menggelap sampai mob menggemob. 

Apa2 yang terlintas kat fikiran kawan2, kami semua dah buat. Tak percaya? Cuba fikirkan sesuatu tugas. Ha.....kami dah buat. Hehe. Jangan marah!

Kalau difikirkan, lama juga kami sekeluarga gotong royong ni. Mula secara formalnya jam 9.00 pagi. Kira official closing jam 12.30 tengahari tadi. 3 jam setengah juga le! Memang penat, tapi bila sekeluarga yang buat, dengan senda guraunya, kacau mengacaunya, berbaloi rasanya. Well, kepenatan lepas solat zohor, semua tidur. Kami je tengah sengkang mata ni.

So.....semoga kita semua dikurniakan Allah SWT dengan sifat kasih sayang dan semoga kita sekeluarga hidup saling kasih mengasihani sesama insan. Amin.

Wassalam.


0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India