DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Sabtu, September 11, 2010

BSK 74. Puasa 6 Hari Bulan Syawal

Bismillah.
Assalamualaikum.

Kita bertemu lagi. Sekali lagi kami ucapkan "Selamat Hari Raya Aidit Fitri" kepada kawan2 semua. Dah masuk hari raya kedua hari ini. Adakah Madrasah Ramadan telah membersihkan jasmani dan terutamanya rohani kita? Cuba kita fikir2kan.....
Well, sekiranya dah bersih, mari kita wangi kan pula! Bukan dengan "Febreze" tapi dengan.....

Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa Ramadhan, kemudian diiringi dengan puasa (sunnat) enam hari dalam bulan Syawal adalah seperti puasa selama setahun." (Riwayat Muslim)

Afdal dilakukan secara berturut-turut dan dimulakan pada hari kedua bulan Syawal, tetapi boleh tidak berturut-turut asalkan genap enam hari didalam bulan Syawal. 

Kami pun tak pernah lagi melakukan secara yang afdal. Yang rehat2 tu biasa le. Kita masih sihat dan bertenaga, apa salah kita mengaut keuntungan yang Allah SWT offer. Cuba fikir2kan.

So..... semoga kita semua dihindari Allah SWT dari sifat malas dan selalu berlengah-lengah. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India