Bismillah.
Assalamualaikum.
Tanah KTMB kat Singapura, apa kata Naib Presiden PAS? Kami ambil sikit apa kata beliau:
"Tanah-tanah itu umpama tulang yang terlekat di rengkung para pemimpin Singapura dan Malaysia bukan sahaja tidak perlu tergesa-gesa merundingkan perkara itu malah ia boleh dijadikan kuasa tawar-menawar dalam perundingan dengan Singapura," kata Mahfuz.
Nak baca berita penuh?
Klik je sini!
Betul betul betul! Kami bersetuju dengan saranan beliau. Pada kami perlu ada ketelusan bila pemimpin2 negara kita membuat perbincangan dengan pihak Singapura. Jangan tergesa-gesa. Kita tidak mahu seperti yang terjadi kat Pulau Batu Putih (PBP). Rasa malu pun ada. Rasa kesal pun ada. Rasa marah pun ada. Segala jenis rasa ada! Pemimpin2 kita perlu ambil iktibar dari apa yang berlaku. Jangan jadi Pak Kaduk, ayam menang sabung tapi kampung tergadai. Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna. Adakah pemimpin2 kita merasa sesal bila kita kehilangan PBP? Mengharukan bukan? Mengerikan bukan? Huhu.
Kalau gatal2 mata, kita boleh juga guna eye mo. Tapi kalau putih mata? Kita sebagai rakyat yang menangis sampai bengkak mata. Huhu. Ada apa2 yang tak kena ke? Wallahualam.
Kami merasakan jika pemimpin2 kita mementingkan negara dan rakyat, negara kita akan mendapat yang terbaik. Jika sambil lewa atau ada agenda lain maka kita akan kehilangan maruah sekali lagi. Fikir2kan.
So.... semoga kita semua dimasukkan Allah SWT dalam golongan khalifah kecil Nya yang jujur memikul amanah yang diterima.
Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan