Bismillah.
Assalamualaikum.
Kami memang suka membelek-belek Mingguan Wanita (MW). Bukan kami yang beli. Bila setiap kali balik ke rumah mak mertua, kami akan bawa balik banyak naskah MW. Balik sekali lagi, kami bawa yang lama tukar yang baru.
Tak semua topik kami baca. Yang memang kami ikuti, Sajian Selera, Islam Pilihan dan Di Bawah Lembayung Kaabah. Kekadang tu bila rajin sikit go through ruangan Realiti, Mimpi Dan Mistik dan juga Cerpen.
Gambar ni kami ambil dari ruangan cerpen tu. Menarik jalan cerita cerpen yang kami baca. Cerpen bertajuk "Rajuknya Emak". Menusuk jauh kedalam jiwa kami juga. Allahuakbar. Cerpen nukilan Fadhilah Maarif.
Muka depan MW yang berkenaan. Kawan2 cari le sendiri kalau nak baca. Tapi kami bukan nak buat promosi percuma untuk MW ni. Kena faham tu.
Cerpen tu menarik pada kami kerana mak dan abah kami pun dah berumur. Kaki dah tak sekuat dulu. Penglihatan dan pendengaran dah berkurangan. Memang dah tak secergas seperti dulu. Menghidap penyakit yang kebanyakkan manusia akan jangkiti dan tak ada penawarnya. Well, penyakit "tua".
Tapi walau setua mana ibu bapa kita, seuzur mana mereka dan cerewet mana mereka, tetap mereka ada hak atas kita.
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).
[Surah Luqman: Ayat 15]
Memang ada lagi ayat dan juga hadis tentang ibu bapa. Tapi cukup le ayat diatas sebagai menunjukkan keutamaan ibu bapa di sisi Allah SWT.
Bila masanya kita sayang dan kasihi ibu bapa kita? Adakah semasa mereka masih kuat? Adakah semasa mereka masih boleh membantu kita? Adakah semasa mereka masih berharta? Fikir2kan.
Jika mereka sudah lemah, tidak cergas, penglihatan sudah kabur, pendengaran sudah kurang, camno? Adakah kita akan menarik diri dari menyayangi dan mengasihi mereka? Tidak! Kita kena menerima mereka seadanya, seperti mereka menerima kita dahulu. Sayang, sayang, sayang!
So..... semoga Allah SWT menetapkan kita termasuk didalam golongan anak2 yang soleh dan solehah. Anak2 yang sentiasa berbicara dengan ibu bapa dengan penuh kasih sayang dan berhemah. Amin. Insya'allah.
Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan