DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Isnin, September 20, 2010

BFK 98. Seremban - Segamat - Bestari Jaya

Bismillah.
Assalamualaikum.

Dah masuk 11 Syawal 1431H. Rasa macam cepat masa tu berlalu. Anak2 yang bercuti raya dah pun balik. Huhu. Kami mengambil keputusan untuk menghantar anak2 balik ke U masing2. Jom2 ikut kami.....

Semalam kami ke sini menghantar anak ke 3. Blok Sempana Alam Buana (SAB) di UiTM Segamat. Selalu jugak kami ke sini. Anak perempuan katakan.

Anak2 ni bila dah lama bercuti macam malas je nak balik ke U. Ish ish. Sunyi juga bila korum tak cukup. Kalau tak tu kecoh juga. Walaupun semua dah besar2 tapi yang dinamakan anak2..... Hmm..... Tau2 aje.

Sebelum subuh pagi tadi kami dah keluar untuk menghantar anak pertama ke Bestari Jaya atau nama glamour nya Batang Berjuntai. Tak pasti kenapa diberikan nama sedemikian. Kami subuh kat Hentian Rehat Dengkil.

Masjid yang berada di kawasan Unisel. Ada juga sesekali kami bersolat kat masjid Unisel ni. Kami tak selalu hantar anak pertama balik ke U. Anak lelaki katakan. Semesti pandai jaga diri dan berdikari. Kalau tak camno nak jaga anak orang nanti. Haha.

So..... semoga kita semua diberikan kekuatan dan kemudahan oleh Allah SWT untuk mencorakkan dengan baik amanah yang dikurniakan Nya kepada kita. Insya'allah.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India