Bismillah.
Assalamualaikum.
Semalam, IBM kami datang beraya. Datang dibawa oleh anak pertama kami. Kena minta izin dulu dari ibu bapa baru berkat. Wife ada buatkan buah tangan untuk keluarga kat sana. Jom2 lihat.....
Kek coklat tu yob. Homemade! Selain tu ada lagi, kek buah dan biskut raya yang dibawa. Seperti kata perpatah "orang berbudi, kita berbahasa".
Dah plan nak masak special sikit hari tu. Tapi kita cuma merancang, Allah SWT menentukan.....
Ditentukan tak berair kat sini semalam. Sifar meter tu. Allahuakbar. Plan ditukar kat saat akhir. Kami sediakan setakat yang mampu. Jom2 ikut kami.....
Sibuk nampak? Ish ish. Kami introduce dari kiri, wife kami, anak ke 2, anak ke 4 dan anak ke 3. Jadi, apa yang dapat kami sediakan.....
Kuah lemak udang tu wife yang masak, sambal kentang tu plak anak ke 2 yang masak. Drummettes dibeli kat pasaraya, anak2 yang goreng. Di hidangkan dengan nasi putih.
Memandangkan tak ada air pada sambutan Hari Malaysia semalam, kira OK le apa yang kami sediakan. Menyelerakan dan mengenyangkan!
Bekalan air pulih sepenuhnya tengah malam. Alhamdulillah.
So..... semoga kita semua termasuk didalam golongan hamba2 Allah SWT yang menyukai kehadiran tetamu dan menghormati tetamu. Insya'allah.
Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan