Bismillah.
Assalamualaikum.
Adakah salah jika Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hata Wahari berkata:
"Sebagai Presiden NUJ Malaysia, jiwa dan raga saya hanya untuk kesatuan serta mendukung etika kewartawanan dan bukan untuk pemimpin-pemimpin politik atau parti-parti politik.
Jom2 baca.....
Rasa kami tak salah jika kita berpegang dengan motto "freedom of the press". Atau wartawan2 kita memang kena press? Entah!
Kecik2 suka dengar radio tapi bukan radio macam kat gambar ni. Tapinya sah bukan masa siaran berita. Hehe.
Kami bersetuju berita bukan saja untuk 1 parti atau 1 kelompok sahaja. Berita yang disiarkan oleh segala jenis medium mesti telus dan beretika. Tidak terikat dengan mana2 puak.
Tapi adakah kat negara kita keadaannya sedemikian? Rasanya tidak! Rasanya terikat atau menjurus kat 1 hala je. Yang baik2 cuma 1 puak ni dan sebaliknya. Berkepentingan? Saluran informasi itu ke atau yang diberi amanah untuk mengendalikannya? Fikir2kan.
Mungkin apa yang dikatakan oleh Presiden NUJ itu akan menjadi permulaan untuk kita semua dapat membaca dan mendengar berita2 yang menyeluruh. Baru best!
So..... semoga kita semua dianugerahi kekuatan dan kefahaman oleh Allah SWT untuk mencari dan menyampaikan kebenaran. Amin.
Wassalam.
Jumaat, September 24, 2010
BSK 82. Perjuangan NUJ Bebaskan Akhbar Dari Politik
Jumaat, September 24, 2010
Setanak Nasi
No comments
0 comments:
Catat Ulasan