DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Isnin, September 13, 2010

BFK 94. Satu Hari Di Hari Raya 1431H

Bismillah.
Assalamualaikum.

Hari Raya Aidil Fitri jatuh pada hari Jumaat, 10/9/10. Well, tak ada masalah pada keluarga kami. Nak share sikit alkisah kami sekeluarga lakukan pada hari raya pertama tu. Jom2 ikut.....

Sebelum tu, mak dan abah kami. Dah tua, dah tak secergas dulu. Tapi tetap masih menawan dan segak. Fotogenic tu! 

Kapal Laksamana Cheng Ho? Bukan! Well, jam 7.00 pagi kami menerima tetamu, IBM dan family. Mereka dalam perjalanan balik ke Melaka. Singgah sebentar je membawa, apa nama tu, orang jawa kata "monjong". Banyak jenis juadah gak yang dibawa. Kat atas tu bekas berisi mee kari. Terima kasih kerana bersusah payah, banyak  yang diberi. Alhamdulillah. Well, to be honest kami really like the whole family. Hmm.....

Kebiasaan, selepas jamuan pagi kami akan berkumpul untuk bermaaf-maafan.

Sebagai yang paling tua, majlis dimulakan oleh abang ipar dan kakak kami, kemudian kami sekeluarga dan akhir sekali adik kami sekeluarga.

Kakak dan suami. Dibelakang keluarga adik kami. Kami 3 beradik je. Paling ramai anak2 kami, 4 orang (tak de dalam gambor). Hehe. Ni lepas aktiviti "sadaqatul jariah". Relak kejap sebelum ke surau.

Kami bersolat sunat Aidil Fitri kat Surau At-Taqwa kat taman kami. Dah lama mendapat kebenaran menunaikan solat sunat Aidil Fitri dan Aidil Adha. Solat Jumaat tak mendapat kebenaran lagi. 


Lepas je solat kami berkonvoi ke destinasi yang telah dirancang. Jom2 ikut ke destinasi kami.....

Kampong Gadong - rumah mertua adik kami. Lama gak kat sana. Menziarahi ibu bapa adik ipar, dah tak secergas dulu gak. Awal2 lagi dah ingatkan diri, makan jangan banyak. Ada rumah lagi yang akan diziarahi. Makan nasi impit dengan rendang, makan cheese cake, makan sikit biskut. Minum air oren. Kenyang ni.

Pekan Labu - rumah adik ipar adik kami. Beliau ada kat rumah sebelah, rumah mertua. Jadinya beraya dulu kat rumah mertua adik kepada adik ipar kami. Pening jugak kami nak berhikayat ni. kawan2 just follow through je, tak payah ikut kami pening2 kan kepala. Langkah kanan, memang rezeki, dijamu dengan nasi beryani siap dengan kari ayam, ayam masak merah dan jelatah. Ada kari arnab lagi! Pekat punya! Ada juga roti manis untuk tetamu. Makan nasi dulu! Lepas tu roti cicah kari arnab. Sedap gak! Dah lupa diri kat sini! Huhu.
Lepas pekena kat sana baru ke destinasi yang diplan. Dah dihidangkan, makan biskut raya plak. Kena dengan air oren.

Kat dalam kereta, perut dah rasa semacam je. Terasa macam angin puting beliung kat dalam dalam tu nak keluar.

Taman Muhibbah, Kajang - rumah Mak Cik kami. Isteri kepada arwah adik mak. Masa bujang kami tinggal lama juga dengan keluarga ni. Memang cukup rapat. Raya memang masa makan. Angin kat perut tu hilang pulak. Menjaga kesopanan tuan dia kot. Makan lagi nasi impit dengan rendang ayam. Minum air oren lagi. Minta maaf le, lepas tu kami terpaksa melawat bilik kecik tu. Tak payah le kami elaborate. Dah lega makan pulak biskut raya. Bukak penutup balang tu, rasa tat nenas, bukak lagi, rasa kacang botak plak. Bukak tutup, bukak tutup balang biskut jadinya. Lupa diri betul. Ish ish.

Kami kemudian berkonvoi pulak ke rumah mak mertua kami. Kat dalam perjalanan dari Kajang ke Tanjung Sepat, perut anak ke 2 buat hal. Tak senang duduk dalam kereta. Tak tau le tornado ke, puting beliung ke, tsunami ke, tapi memang tak keruan kami perhatikan. Last2 berhenti kat Masjid Pekan Sepang. Sebaik je tiga2 kereta parking, kami lihat adik kami dan anak2nya bergegas ke tandas. Rupanya perut mereka pun meragam sama. Haha. 

Kampung Tumbuk Darat, Tanjung Sepat - rumah mak mertua kami. Kira perut2 semua dah settle. Dah boleh rilek2 gitu. Hehe. Kat sini kami suka makan kerepek. Kerepek ubi biasa dan pedas. Selalunya ada kerepek belinjau tapi tahun ni tak de. Sedap rasanya, pahit2 lemak. Mak mertua sediakan nasi impit dan daging lembu kampung masak kicap. Berselera abang ipar makan. 

Lepas asar kami balik ke Seremban. Singgah kejap kat Sepang Gold Coast, Bagan Lalang. Abang ipar nak tahu lokasi tempat tu. Nak buat tempahan kot. Jadi kami tunjukkan. Kami sampai kat rumah nak masuk waktu maghrib. Tak le pergi banyak rumah tapi satu2 rumah tu kami singgah lama. Merapatkan silaturrahim gitu. 

So..... semoga kita semua Allah SWT masukkan didalam golongan hamba2 Nya yang suka merapatkan silaturrahim sesama insan. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India