DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Khamis, September 23, 2010

BSK 81. A Class Above The Rest

Bismillah.
Assalamualaikum.

Kami membaca dengan penuh minat komen dari saudara Tay Tian Yan mengenai Datuk Seri Nazri Aziz. Secebis dari komen beliau: 

I am particularly impressed by what Nazri said, “I am first a Malaysian, then a Malay.”
Few in Umno have the courage to make such open declaration. Nazri has obviously transcended his party.

Satu masa dulu memang kami pandang tinggi Datuk Seri ni. Tapi masa berubah dan pandangan pun boleh berubah. Wallahualam.

Hendak baca berita penuh?
Klik sini! 

Adakah di Malaysia ini masih terdapat krisis perkauman? Berapa tahun dah kita merdeka? Dah 53 tahun! Dah lebih separuh abad, takkan api2 perkauman belum reda. Huhu. Dimana sikap toleransi kita sebagai rakyat negara ini. Apa yang tidak kena sebenarnya?

Apa kata kita buat declaration sebegini "I am first a Muslim, then a Malaysian." 2M jugak! Tak orait ke? Tak OK ke?

Islam agama rasmi negara kita. Islam tidak membezakan bangsa. Cuma taqwa yang membezakan kita. Betul atau tidak?

Kalau dah Islam, tak payah lah nak berbangsa-bangsa. Melayu ke, Cina ke, India ke, Kadazan ke, Murut ke, Bajau ke, Jawa ke dan lain2. Letak kat kad pengenalan:
Ugama: Islam/Bukan Islam (boleh letak ugama yang dianuti)
Bangsa: Malaysia

Sesiapa beragama Islam, adapt hidup cara melayu dan berbahasa melayu kalau tak silap kami dikatogerikan sebagai Melayu. Secara otomatik Melayu bayangan Islam. Jadi siapa2 yang berkelayakan dan berkemampuan boleh menjadi PM negara ini. Kawan2 boleh betulkan kami!

Adakah akan lebih huruhara negara kita dengan pendapat kami tu? Terpulang kepada intrepretasi kawan2 sendiri. Fikir2kan.

So..... semoga kita semua dikurniakan Allah SWT dengan ilmu yang bermenafaat, kewarasan fikiran dan berlapang dada dalam menghadapi cabaran mendatang. Insya'allah.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India