Assalamualaikum.
Kami baru je habis membaca buku Islam & Demokrasi hasil tulisan Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi Haji Awang.
Pada kami ianya merupakan sebuah buku yang membuka minda. Kita boleh mengetahui mengapa parti dibawah beliau menerima prinsip demokrasi dan menyertai pilihanraya. Kita boleh juga memberi andaian sekiranya parti beliau dan pakatan yang disertai mereka berjaya memerintah, pemerintahan corak mana menjadi pilihan mereka.
Jika pelbagai bangsa di negara kita membaca buku ini tanpa prejudis, mungkin tanggapan terhadap parti Islam ini akan berlainan atau berubah. Insya'allah.
Kami belum memilih buku yang akan dibaca selanjutnya. Tunggu.....
So.....semoga Allah SWT memasukkan kita didalam golongan hamba2 Nya yang membantu Islam.
Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan