DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Isnin, Ogos 23, 2010

BFK 79. Burger Dan Sosej

Bismillah.
Assalamualaikum.

Kami nak sambung cerita yang berkaitan dengan posting kami semalam. Masa anak2 pergi shopping kami suami isteri mula nak sediakan juadah untuk berbuka. Kami tukar menu, dari nasi ke roti. Kami buat 2 jenis roti je.

Jom2 ikut.....

Cuba perhati betul2. Bukan bun kacang merah, bukan juga bun kaya atau bun kelapa tapi roti burger. OK kan? 


Di belah 2 roti tadi, mula2 kami susun hirisan tomato dan hirisan timun. Kemudian yang paling penting daging burger. Baru dilapisi oleh kepingan cheese. Sabor yop! Nanti batal puasa. Hehe.

Ini pulak dari sudut sisi. Baru nampak lapisan2 yang kami sebutkan tadi. Tak le sehebat MacDonald atau A&W tapi nampak macam terliur je. Haha.

Jom2 ikut lagi.....

Roti kedua pulak roti sosej. Ni masih mentah. Nampak macam si Paul, sotong kurita yang dah dipotong sesunggut nya plak. Sebenarnya kami tak kreatif macam tuanpunya blog yang kami ambil resepi ni. Blog Dapur Tanpa Sempadan. Wife dan kami dah cuba ikut cara2 nak dapatkan bunga yang menarik. Kalau ikut dengan betul, sosej yang telah dibaluti adunan roti dipotong 8 (tak putus), dan ditarik2 menjadi bunga. Tak sangka jadi pulak si Paul tanpa sesunggut. Hehe.

Dihias dengan mayonis dan sos cili. Baru nampak cun sikit dan ada selera nak kena makan. Belum lagi, kena bakar dulu.....

Dah dibakar baru nampak "smooth" sikit. Tapi tak le cun macam kat bakery. Rasanya? Sedap! Haha.

Kami makan roti sosej tu dengan kentang goreng dan mini murtabak (wife yang buat bukan bazaar punya). Sedap di pandang, sedap lag dimakan. Haha.

Tu le kawan2 2 jenis roti yang wife dan kami buat. Kelakar juga difikirkan masa buat roti sosej tu. Terkial-kial kami berdua tarik menarik roti tu.

So.....semoga kita semua berada didalam golongan mereka2 yang berterima kasih dengan rezeki yang dianugerahi oleh Allah SWT kepada kita. Amin.

Wassalam. 

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India