DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Ahad, Ogos 29, 2010

BSK 70. Malam Lailatul Qadar

Bismillah.
Assalamualaikum.

Kita akan mulai memasuki 10 malam terakhir Ramadan malam ini. Adakah kawan2 telah bersedia untuk menghadapinya? Adakah kami sudah bersedia? Pertanyaan yang sepatutnya kami tanya. Phasa 3 ni! Huhu.




Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! 
[Surah Al-Qadr: 1-5]

Surah diatas selalu kita baca dan kita pun mengetahui keberkatan yang Allah SWT anugerahi kepada kita umat Nabi Muhammad SAW. 1000 bulan! Jom2 rebut!


Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. 
[Surah Al-'Asr: Ayat 1-3]

Ayat tu pun selalu kita baca. Rasanya kita dah faham sangat erti dan maksud nya. Kami peringatkan diri kami sebenarnya ni. Huhu.

So.....semoga Allah SWT menganugerahi kita dengan malam keberkatan itu dan juga memberkati apa yang kita sekeluarga lakukan. Amin. Insya'allah.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India