Bismillah.
Assalamualaikum.
Semalam, hari Jumaat kami berkesempatan bersolat Jumaat di Gemas. Kami dalam perjalanan balik ke Seremban dari Segamat. Kami nak imbas sedikit isi khutbah yang disampaikan oleh khatib di masjid itu semalam. Topik yang perlu kita fikir2kan dengan waras.
Masjid Jamek Pekan Gemas. Selalu juga kami singgah untuk solat kat sini jika kami ada urusan di Segamat.
Seingat kami khutbah bertajuk "Al-Quran bukan hanya untuk di baca." Antara yang diperkatakan adalah Al-Quran bukan semata-mata untuk bacaan. Membaca mendapat pahala. Tetapi bukan sekadar membaca tapi mesti menghayati dan mengamalkan apa yang terkandung didalam Al-Quran itu. Itu antara apa yang dapat kami ingat.
Pada kami apa yang dimaksudkan dengan mengamalkan itu, yang paling utama adalah menjalankan undang2 Allah SWT di mukabumi ini. Ini seiring dengan ayat yang dibacakan oleh khatib, yang bermaksud:
(Sifat-sifat Nabi Muhammad itu telahpun diterangkan dalam Kitab Taurat tetapi orang-orang Yahudi tidak juga mempercayainya, maka) bandingan orang-orang (Yahudi) yang ditanggungjawab dan ditugaskan (mengetahui dan melaksanakan hukum) Kitab Taurat, kemudian mereka tidak menyempurnakan tanggungjawab dan tugas itu, samalah seperti keldai yang memikul bendela Kitab-kitab besar (sedang ia tidak mengetahui kandungannya). Buruk sungguh bandingan kaum yang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah; dan (ingatlah), Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim.
[Surah Al-Jumu'ah: Ayat 5]
Kalau dah macam keldai, well, kawan2 fikir2kan lah. Cari le tafsir ayat tu sendiri.
So..... semoga kita semua dimasukkan Allah SWT didalam golongan mereka-mereka yang diberi hidayah dan petunjuk Nya. Amin.
Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan