DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Khamis, Ogos 05, 2010

BSK 59. MAIM Benar Remaja Kahwin Elak Bayi Luar Nikah

Bismillah.
Assalamualaikum.

Kami terbaca berita dari negeri Hang Tuah ni semalam.....

MAIM benar remaja kahwin elak bayi luar nikah
MELAKA, 4 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) membenarkan remaja lelaki termasuk pelajar, di bawah umur 18 tahun dan 16 tahun bagi pelajar perempuan di negeri ini untuk bernikah.
    Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata keputusan itu diambil bertujuan mengurangkan kes kelahiran bayi luar nikah di negeri ini, sekali gus membendung kes zina, semakin menular kebelakangan ini.
    Katanya, kelonggaran itu bagaimanapun hanya akan diberikan selepas mendapat keizinan daripada Mahkamah Syariah, selain restu keluarga.
    "Keputusan ini dicapai hasil resolusi yang dihantar perwakilan pada persidangan menangani gejala sosial yang dilangsungkan, baru-baru ini. Kerajaan negeri berpendirian adalah lebih baik ibu bapa memberi kebenaran kepada anak remaja mereka berkahwin pada usia muda.
    "Cara ini lebih praktikal untuk membendung kejadian remaja hamil tanpa nikah dan masalah sosial lain seperti melarikan diri dari rumah,“ katanya selepas merasmikan Seminar Penghayatan Ramadan, Majlis Pertauliahan Amil Zakat Fitrah dan Pelancaran Buku Masjid Negeri Melaka di Auditorium Masjid Al-Azim, di sini, semalam.
    Hadir sama, Timbalan Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam Melaka, Datuk Ghazale Mohamad; Mufti negeri, Datuk Wira Rashid Redza Md Salleh dan Pengarah Agama Islam Melaka, Sulaiman Harmain Shah.
    Mohd Ali yang juga Pengerusi MAIM berkata, bagi kes pelajar yang sudah hamil pula, kebenaran bernikah tetap diberikan namun kos denda akan ditentukan oleh Mahkamah Syariah.
    Beliau berkata, kelonggaran pernikahan itu diberikan selepas mengambil kira 391 kes gejala hamil dan melahirkan anak luar nikah dicatatkan di negeri ini pada tahun lalu selain 174 kes bagi tempoh enam bulan tahun ini.
    “Semua kes kehamilan luar nikah itu membabitkan pelajar berusia bawah 20 tahun. Ini harus dicegah bagi mengelak kes berkenaan meningkat," katanya.



Adakah telah diperbincangkan dari segala sudut, kebaikan dan keburukan idea berkenaan? Impak kepada remaja2 dan keluarga terbabit?

Isu zina dan anak luar nikah memang isu besar dalam Islam. Memang Islam menjaga nasab keturunan tapi kena perhalusi cara menangani masalah tersebut. Jangan satu isu dapat diatasi tapi banyak masalah lain yang timbul. 

Perkahwinan pada kami adalah amanah yang kita terima. Amanah suami menjaga isteri dan juga sebaliknya. Adakah remaja2 ni mampu menanggung amanah ini? Nak melanjutkan pelajaran dan membina keluarga? Adakah mereka2 ni ada sumber kewangan untuk melakukan kedua-duanya? Adakah kerajaan negeri akan sponsor mereka2 ini sampai mereka habis belajar? Jika ada rasanya ramai pasangan yang akan menyahut cabaran ni. 

Kami takut ibu bapa remaja2 ni nanti yang terpaksa menanggung beban. Kalau mereka2 ni semuanya jutawan, alhamdulillah. Jika tidak, kan parah dibuatnya. Menyara anak, menantu dan mungkin juga cucu2. Huhu.

Jika tiada yang sponsor, pasangan2 tu kena bekerja. Untuk sewa rumah, yuran belajar dan menampung keluarga. Berat tanggungjawab tu! Jika tidak dapat pekerjaan yang baik camno? Takkan nak masuk program "BersamaMu"!

Entah! Kami pun tak ada "quick fix" untuk perkara yang berlaku sekarang ni. Tapi pada pendapat kami untuk generasi akan datang, pendidikan dari awal ada lah penting. Pendidikan Islam yang menitikberatkan aqidah Islam dan penerapan bahawa Allah SWT sentiasa mengawasi hamba2 Nya. Seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW di Mekah sebelum hijrah.

So.....semoga Allah SWT  menghindari kita dan keluarga dari terjebak dalam perkara2 mungkar yang menghancurkan kita dan keluarga. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India