DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Ahad, Ogos 01, 2010

BBK 23. Indahnya Saat Bersama-Mu

Bismillah.
Assalamualaikum.

Kami akan mula membaca buku "Indahnya Saat Bersama-Mu - Panduan Praktikal Qiamullail" hasil usaha Ustaz Nik Abdul Rahim Bin Nik Abdul Ghani dan Ustaz Zahazan Mohamed. Buku ni kami beli pada 11/7/08. Berharga RM19.90


Secebis dari kata2 yang ada di kulit belakang buku tu.....

"Buku ini mendedahkan rahsia bagaimana seseorang dapat merasai kemanisan bangun beribadah pada tengah malam. .....

Kemuncak ibadah qiamullail adalah pada bulan Ramadan. ....."

Jika ingin tahu lebih lanjut baca lah buku tu. Dah nak masuk bulan Ramadan pun. Mungkin juga berguna pada kita. Untuk mencantikkan lagi ibadah yang kita lakukan. Cuba2 lah!

Disini kami sekeluarga mengucapkan "Selamat berpuasa" kepada kawan2 sekeluarga. Jangan lupa solat terawih, bertadarus, qiamullail, bersedekah dan amal ibadah lain kat bulan Ramadan. Ada malam lailatul qadar!

So.....semoga Allah SWT memberi kekuatan kepada kita untuk beramal di Ramadan ini. Insya'allah.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India