DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Jumaat, Ogos 27, 2010

BFK 83. Hari Raya - Projek "Muruku"

Bismillah.
Assalamualaikum.

Semalam merupakan hari yang sangat memerlukan khudrat, kesungguhan dan yang paling penting kesabaran. Kami memulakan projek besar, projek yang dinamakan projek "biskut2 raya". Hehe.

Jom2 ikut kami.....

Projek pertama ni dimulakan jam 10.30 pagi. Projek "Muruku". Kami tak nak tunjuk camno adunan tepung tu dihasilkan tetapi camno dari adunan tepung menjadi muruku. Jadi jom2 ikut lagi.....

Ni le alat yang digunakan untuk mendapatkan bentuk bunga muruku tu. Masukkan adunan dalam bahagian bawah dan ditekan. Nampak senang sangat nak buat muruku ni. Masuk, tekan. Masuk, tekan.

Macam kami kata, mula2 memang nampak senang. Press memeres je. Tapi sebenarnya susah juga. Kawan2 cuba, try, test sendiri. Mungkin teknik pressing dan memeressing kami silap kot. Jika kawan2 ada teknik lebih mudah sila berikan tip pada kami. Berdosa kalau kedekut ilmu. Hehe.

Cantik muruku yang kami buat. Nampak gaya macam boleh di komersialkan. Insya'allah. Nak kisahkan sikit, rasanya dah banyak yang kami tekan tapi bila tenguk adunan tepung macam tak luak je. Huhu.

Goreng menggoreng wife yang buat. Dia lebih arif dalam bidang tu. Nak warna gelap sikit atau terang sikit, ikut selera wife.

Jam 4.00 petang baru habis bersih adunan tepung muruku tu. Alhamdulillah. Cuma nak beritahu, bila dekat2 last proses tekan menekan tu, rasanya macam kuat menekan tapi tak keluar plak muruku nya. Dah kematu rasanya tangan kami. Ish ish. Cuba kawan2 bayangkan mula jam 10.30 pagi, siap jam 4.00 petang. Ditolak 1 jam rehat, 4 1/2 jam kami berdua memproses muruku tu. Huhu. Wife dah sakit bahu. Kami pulak kedua tangan, dari siku ke bawah. Huhu.

Bila tenguk result, cantik menawan, rasa lega juga. Rasa berbaloi usaha kami berdua. 


Hasil penat lelah kami berdua dapat juga kami 3 tin muruku seperti diatas. Ada juga berlebih untuk kami berikan pada ibu mertua ku.....

Untuk ibu mertua kami letak kat balang plastik ni. Balang plastik je, bukan balang kaca. Untuk keselamatan, kalau jatuh camno? Strategi.

Kalau penat dan sakit macam ni, insya'allah tahun depan cancel resepi ni. Haha.

So..... semoga kita semua termasuk didalam golongan hamba2 Allah SWT yang sentiasa bersyukur terhadap nikmat yang diberikan Nya. Amin.

Wassalam.


0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India