DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Jumaat, Ogos 06, 2010

BSK 60. Saya Tak Semestinya Terbabit Kes Penyelewengan PKFZ

Bismillah.
Assalamualaikum.

Kami terbaca juga berita yang bertajuk "Saya tak semestinya terbabit kes penyelewengan PKFZ: Dr M". Kami ambil sedikit berita tu.....

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau sebagai Perdana Menteri ketika isu penyelewengan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) pada 2002, tidak semestinya bertanggungjawab berhubungnya jika tidak tahu mengenainya.
      Beliau berkata, pada dasarnya, seseorang Perdana Menteri sememangnya bertanggungjawab dalam banyak perkara dan keputusan yang dibuat Kabinetnya, namun ada batasnya.
      “Apabila beliau (Perdana Menteri) tidak tahu mengenai sesuatu, anda tidak boleh kata beliau bertanggungjawab.
      “Ada banyak perkara yang berlaku dalam negara ini yang Perdana Menteri tidak tahu,” katanya selepas melancarkan Yayasan Universiti Teknologi Petronas (YUTP) di sini, semalam. Turut hadir Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YUTP, Datuk Shamsul Azhar Abbas.
      Dr Mahathir yang menjadi Perdana Menteri dari 1981 hingga 2003 berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada Perdana Menteri (ketika itu) perlu dipertanggungjawabkan berhubung isu PKFZ selepas bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik didakwa di mahkamah, Khamis lalu.

Jika kita baca petikan diatas, kebanyakkan dari kita akan bersetuju dengan kata2 mantan PM tu. Terutama yang "ada banyak perkara yang berlaku dalam negara ini yang Perdana Menteri tidak tahu".


Tapi PFKZ tu bukan isu kecil. Bukan projek buat reban ayam! Banyak duit rakyat yang digunakan! Duit kita sebagai pembayar cukai pun ada kat situ. Cuba fikir2kan.


Besar risiko menjadi pemimpin. Jika risiko tu habis kat dunia sahaja, kami akan faham. Tapi mereka2 ni ada sessi soal jawab di akhirat nanti. Bukan dengan mahkamah manusia, tapi di mahkamah Allah SWT. Tidak kah ada rasa gerun dihati mereka2 ini? Allah hu akbar!
"Adakah kamu mengira bahawa kami ciptakan kamu begitu sahaja (tanpa apa-apa tujuan), dalam keadaan kamu tidak dikembalikan semula kepada kami?"
[Surah al-Mukminun: 115]

"Patutkah manusia menyangka, ia akan ditinggalkan terbiar (dengan tidak diberikan tanggungjawab dan tidak dihidupkan menerima balasan)?" 
[Surah al-Qiyamah: 36]

Kita sebagai rakyat adakah kita akan menerima segala hujah2 yang diberikan dengan senang hati atau dengan hati yang terbuka? Tidak ada bantahan sedikit pun?
"Siapa di kalangan kamu yang melihat perkara mungkar hendaklah dia mengubah dengan tangannya, kalau tidak mampu dengan lidahnya, kalau tidak mampu dengan hatinya, dan mengubah dengan hati itu selemah-lemah iman."
[Hadith Rasulullah SAW]

Adakah kita akan bersekongkol dengan mereka2 ini?
"Maka dia (firaun) telah menjadikan rakyatnya bodoh, lalu mereka mentaatinya. Sesungguhnya mereka adalah kaum yang fasik."
[Surah az-Zukhruf: 54]

"Maka mereka mengikut perintah Firaun, padahal perintah Firaun itu tidak betul. Dia mendahului kaumnya pada hari kiamat nanti, lalu memasukkan mereka ke dalam neraka, dan neraka itu seburuk-buruk tempat yang didatangi."
[Surah Hud: 97-98]

Kami "full stop" kat sini. Kawan2 fikir2kan le sendiri.

So.....semoga Allah SWT memberi bimbingan agar kita sentiasa berada di atas jalan Nya yang lurus. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India