Assalamualaikum.
Ahli2 "back ally" kami lari bertempiaran pagi ni dan pagi semalam. Kami tersentak juga, amende yang buat mereka2 ni jadi begitu. Rupa2nya ada 2 ekor anjing sedang menghampiri kawasan mereka pagi semalam dan sekor pagi ni.
Kami sebenarnya tak suka bila binatang peliharaan tu berkeliaran sebegitu.
Menurut pengamatan kami, kat taman kami ni peliharaan ni dilakukan sebegini.....
Kebanyakkan tuan2 membawa peliharaan mereka berjalan-jalan, ada diwaktu pagi, petang dan malam. Tak kira le samada peliharaan mereka kecil atau besar. Kami nampak ada manusia pegang tali. Ada juga ciri2 keselamatan diambil kira. Boleh diterima cara ni. Cuma ada seorang tuan ni (sorang ni saja) bawa anjing besor, laluan nya lorong belakang rumah. Yang tak berkenan tu, di biarkan peliharaan nya "melepas" kat merata-rata tempat kat belakang rumah. Tak de sifat kejiranan betul. Pui!
Ada juga yang melepaskan peliharaan mereka begitu sahaja. Macam lepaskan ayam dari reban. Kami dapat lihat peliharaan ni merayau-rayau sekitar taman. Ni yang berlaku pagi semalam. Peliharaan ni biasa kami lihat. Kekadang pagi dan kekadang petang dilepaskan. Tak pasti siapa tuan empunya peliharaan. Yang ni tak ada ciri2 keselamatan. Membahayakan!
Ada juga peliharaan yang mungkin terlepas. Tak tau camno. Pagi tadi rasanya terlepas. Pertama kali kami nampak kelibatnya. Nampak jinak. Ni pun merbahaya jugak.
Rasanya ada juga peliharaan yang dibuang, mungkin kerana sudah tidak diperlukan. Ada juga kami ternampak segerombolan peliharaan terbiar ni merayau-rayau kat depan rumah pada satu malam. Menyeramkan!
Kami harap tuan2 empunya peliharaan menjaga peliharaan mereka dengan cermat supaya tidak ada kejadian yang tidak diingini berlaku. Kita pun mesti berhati-hati juga demi keselamatan diri dan keluarga.
So.....semoga kita semua dijauhi Allah SWT dari segala jenis malapetaka buatan manusia atau makhluk ciptaan Nya yang lain. Amin.
Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan