DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Ahad, Ogos 29, 2010

BFK 85. Anak Ramadan Al Mubarak

Bismillah.
Assalamualaikum.

Hari ni kami nak ceritakan mengenai orang baru yang kami beritahu semalam. Anak saudara yang terbaru dari sebelah isteri. Jom2 tengok gambar yang sempat kami rakamkan. Zass.....

Baru 16 hari je. Nur Hilda Lydia nama diberi. Hmm..... Anak ke 4 adik ipar kami. Dilahirkan tak cukup bulan. Dijangkakan akan dilahirkan pada 21/9/10 ni. Sebulan lebih juga terawal lahir. Mungkin nak keluar dalam keberkatan Ramadan. Berat semasa dilahirkan 1.78 kilo. Keluar secara caesarean.

Zass2 lagi.....

Tengah elok2 tidur ditogelkan oleh wak dia. Tergeliat budak tu. Hehe.

Kerana kecil, pakai baju saiz small pun macam pakai jubah. Lampin small pun gelebeh. Ish ish.

Kecil2 tapi comel anak saudara kami ni. Alhamdulillah sihat walafiat.

Jadi raya ni bertambah 1 lagi paket duit raya wak dia. Haha.

So..... semoga kita semua diberikan kekuatan dan kesabaran untuk menjaga amanah yang diberikan kepada kita oleh Allah SWT dengan sebaiknya. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India