DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Khamis, Ogos 26, 2010

BFK 82. Madura's All-In

Bismillah.
Assalamualaikum.

Hari ni dah masuk hari ke 16 kita berpuasa. Dah masuk pertengahan Ramadan. Cepat betul rasanya masa berlalu. Kami perhatikan dari 14 Ramadan cuaca mulai panas. Memang Ramadan bulan panas. Ok, nak tunjukkan sejenis lagi masakan sup. Nama pun Ramadan, jadi kami bercerita lebih sikit pasal makanan. Batal puasa? Tak le! Ish ish ish. Jom2 ikut.....

Kat dalam bekas montel ni salah satu penyedap makanan ni. Jadi tunggu.....

Wife masak sup soto madura. Tapi kami tak masak soto secara khusus. Masak sup saja ikut resepi tu. Kami gunakan ayam sebagai rencah utama. OK? Jom2 ikut lagi.....

Let me perkenalkan, warna kuning tu spaghetti angel hair, bihun dan kuey teow. Tak tau le samada ketiga-tiga tu gabungan yang baik. Orait le tu.


Kat atas tu rasanya tak payah perkenalkan, rasanya semua dah tahu. Tapi kalau le ada yang tak tahu, nama nya bergedel. Kat bawah tu sambal kicap. Tu le yang dalam bekas montel yang kami sebut pada awal tadi. Resepi keluarga kami. Hitam pekat! Mengancam!


Kami tunjukan semangkuk "homemade" kami. Madura's All-In. Hehe. Nampak tak, ayam, sambal kicap, bergedel, bihun, kuey teow, spaghetti, tauge, bawang goreng, daun sup dan daun bawang. Sedap di pandang, sedap lagi dimakan. Hehe.

Ahem, nampak tu siap sudu dan garpu lagi! Azan je, terus.....zap zup, zap zup. Gelojoh sangat rasanya. Tak le macam tu. Ish ish ish.

So.....semoga kita termasuk didalam golongan yang sentiasa mensyukuri segala nikmat yang dikurniakan Allah SWT kepada kita. Insya'allah.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India