DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Ahad, Ogos 15, 2010

BSK 65. Leave Our Joy Alone

Bismillah.
Assalamualaikum.

Kami suka membaca tulisan Wong Sai Wan bila selak2 The Star. Kali ni tajuk tulisan beliau "Leave our joy alone". Kami ambil sikit tulisan beliau:

"Yes, the festive season has arrived. But yet, why did it feel as if there was a total lack of merriment these past two years?"

"Unfortunately, back home, I find that these festivities are being used to sow seeds of discontent against certain people.
      Instead of preaching to the soul and celebrating the festivities in joyous innocence, such gatherings during the festive periods have become dark affairs, as if the country was on the verge of collapse.
      This cannot be further from the truth."  

Executive Editor Wong Sai Wan, who professes no religion, wishes all Muslim readers a successful Ramadan and may all places of worship pray only for peace and joy.
 
Kita yang beragama Islam kena bertanya diri sendiri apa sebenarnya yang kita raikan pada bulan syawal nanti. Kita kan meraikan kemenangan! Kita dapat menahan diri kita dari melakukan perkara mungkar, kita beramal dengan sesungguh hati dan yang penting kita ikhlas melakukan suruhan Allah SWT. 

Pada pendapat kami, yang membuat kita merasa tidak gembira menyambut syawal kerana faktor adat. Memerlukan belanja yang besar nak ikut adat ni. Kami faham!

Baju raya mesti berpasang-pasang. Satu keluarga kena sedondon dari hujung rambut sampai hujung kaki. Kuih raya berbalang-balang. Dengan kek lagi, dengan kekacang lagi, dengan asam2 nya lagi. Lagi.....

 
Dengan pemberian "angpau" lagi dan dengan majlis rumah terbuka lagi. Huhu. Pada kami sedekah tu amat digalakkan tetapi jika tidak mampu berpada-pada kita memberinya. Begitu juga dengan majlis rumah terbuka.

Yang masalahnya budak2 sekarang tak faham konsep pemberian ni. "RM1 je!". "Bagi duit biru je". Huhu.

Kami pasti dengan kenaikan harga barang keperluan akan menambah lagi perit menyambut syawal. Bukan kepada semua! Tapi sebahagian besar dari kita akan terjejas juga dengan kenaikan budget syawal ni. Mana kau subsidi? Huhu.

Tapi seperti kata lagu2 yang dimainkan "setahun hanya sekali" dan "kita beraya selama sebulan". Hebat! 

Kami tak pasti statement kedua tu asasnya dari mana. Tak dapat nak kami beri pendapat. Tapi ada buat ceramah pada hari raya ke? Terpulang pada kawan2 menilai kebenaran dan maksud yang hendak disampaikan.

So.....semoga Allah SWT hindari kita dari sikap membazir. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India