DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Rabu, Ogos 25, 2010

BFK 81. Serbis Dan Tukar Tapak Kancil

Bismillah.
Assalamualaikum.

Kami nak cerita pasal kereta pulak. Kereta Kancil kami dah sampai masa nak diserbis. Kami gunakan kereta ni disekitar Seremban dan untuk perjalanan ke Bestari Jaya a.k.a. Batang Berjuntai dan ke Segamat. Sebelum tu.....

Fullamak! Cantik! RM 1,180! Saja2 nak tunjuk, bukan dibeli pun. Hehe.

Jadi kami bawa le ke pusat serbis yang biasa kami bawa yang terletak kat Rasah. Kami dah buat appointment sehari sebelum datang. Macam nak jumpa doktor pakar pulak! Hehe. Tak pe, asal memudahkan.

Kami diberikan taksiran harga yang akan dikenakan oleh petugas kat situ. Kena tukar plug, kena buat wheel balancing dan rotation dan ada le lagi yang berkenaan. Minyak hitam kami bawa sendiri. Baki minyak hitam dari serbis terdahulu kami kumpulkan dan dapat le penuh satu botol minyak tu. Penjimatan kos!

Lama jugak kami tunggu. Kami sampai dalam jam 9.00 pagi dan siap dalam 12.30 tengahari jugak le. Sebelum pembayaran dibuat, petugas tu memberitahu kat kami, "2 tayar kereta encik kami dapati dah bengkak, kena cepat2 tukar". Kami diberitahu tayar kat situ RM140 sebiji. Itu belum masuk lain2 kos lagi rasanya. Kami cuba cari lain kat luar dulu. Huhu.

Lepas zohor kami ke pusat tayar yang terletak dekat Jaya Jusco, Seremban 2. Jom2 ikut kami.....

Kami pilih tayar berjenama "Bridgestone". Tertulis harganya RM148, mahe tu! Mulanya nak tukar 2 biji je, tapi rasa macam tak puas hati. Takut 2 tayar lama tu meragam, susah plak. Jadi tukar le sekali 4 tayar. Huhu. Bincang pasal harga dengan pekerja kat situ, trade-in tayar lama, dapat le kurang. Mula le proses penukaran tayar.....


Untuk mempercepatkan membuka rim, digunakan pembuka skrew letrik. Dulu kena buka secara manual. Lambat! Tapi dikatakan cara manual lebih baik kerana tidak merosakkan skrew2 yang ada. Kita dapat rasa samada nut tak serasi dengan skrew. Tapi bila guna letrik, semua dipaksa masuk. Nut yang tak serasi dengan skrew pun paksa rela fit. 

Pernah sekali 1 skrew kereta proton saga kami haus. Pomen tu kata kerana gunakan pembuka rim yang letrik. Itu baru satu. Ish ish.

Tu le tayar yang dah ditukar. Untuk keselamatan keluarga. Kena berjaga-jaga.

Baru masuk 2 tahun kereta tu. Tapi rasanya perjalanan yang dilakukan dan cara pemanduan menyebabkan tayar tu cepat rosak. Satu lagi faktor penting permukaan jalan yang kita lalui. Kami bicarakan kisah tu di lain masa.

So.....semoga kita semua sentiasa dibawah perlindungan Allat SWT disetiap ketika. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India