Bismillah.
Assalamualaikum.
Adakah benar seperti yang dikatakan "Rumahku kini penjaraku". Kami terbaca artikel dengan tajuk tu bila surf web. Ada kebenaran? Mungkin!
http://www.malaysiakini.com/letters/140063
Artikel tu berkenaan dengan jenayah dari pihak luar. Pada kami memang ada kebenaran seperti yang dikatakan. Dengan kenaikan harga barang2, kadar jenayah meningkat. Bila kerja lebih masa dan part time pun dah tak boleh menampung kos sara hidup, maka bagi yang telah hilang punca, jenayah pilihan terakhir orang yang rasional, mungkin menjadi kenyataan.
Mungkin juga warga2 asing yang telah diberhentikan kerja oleh majikan2 mereka terpaksa melakukan jenayah untuk hidup. Atau juga warga kita yang tidak ada pekerjaan melakukan jenayah. Untuk hidup juga. Mungkin!
Pada kami perbuatan jenayah itu bukan sahaja dari pihak luar tapi juga dari pihak dalam. Dalam akhbar2 arus perdana, kita boleh membaca banyak perkara yang tidak sepatutnya terjadi kat dalam rumah, telah terjadi. Pembunuhan, penderaan, penzinaan, dll. Sesama keluarga sendiri ni! Dah akhir zaman ni!
Kami merasakan semua pihak perlu prihatin dengan masalah ini. Pemerintah, parti2 politik, NGO2, jabatan2, syarikat2, IPTA2, IPTS2, sekolah2, dll. Ini masalah rakyat, masalah rakyat jika tidak diselesaikan akan menjejaskan negara.
So.....semoga kita sekeluarga dihindari Allah SWT dari segala bala bencana dan perkara mungkar yang semakin menular dewasa ini. Amin.
Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan