DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Rabu, Ogos 11, 2010

BFK 71. Hari Pertama Ramadan

Bismillah.
Assalamualaikum.

Sepanjang 29 tahun, sepanjang hari Ramadan dihabiskan bersama kawan-kawan di opis. Betul! Kecuali hari Sabtu, Ahad dan juga cuti umum jika ada. Kali ini merupakan pertama kali kami puasa sepanjang hari bersama keluarga. Hmm.....

Malam tadi Ramadan kami bermula dengan solat terawih. Surau kami penuh sesak dengan jemaah. Suasana ceria! Hebat!

Kat sini solat terawih 8 rokaat dan diakhiri dengan 3 rokaat  witir. Lepas tu ada tahlil untuk dihadiahkan kepada keluarga2 jemaah yang telah meninggal dunia. 

Kami sekeluarga bersahur jam 5.10 am. Tak payah nak masak2, panaskan kuah semalam, masak lemak daging dan goreng sawi campur tauge. Simple je. Kami buat air "indocafe" sebagai pembasah tekak.

Cukup le macam tu. Anak-anak pun tak banyak karenah. Yang penting dapat berkat. Alhamdulillah!

Anak2 yang kat IPT pandai2 le mereka nak bersahur. Kawan2 ramai kat sana. Lagi meriah rasanya. Hehe.

So.....semoga kita termasuk didalam golongan hamba2 Allah SWT yang sentiasa berjimat cermat dan tidak melakukan pembaziran. Amin.

Wassalam.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India