Assalamualaikum.
Sekarang ni hangat pulak pasal isu diskaun 7% yang diberi kepada bumiputera untuk pembelian hartanah mewah RM500,000 ke atas di Selangor. Banyak feedback yang diberikan. Ada yang menyokong dan ada yang membangkang. Tak pasti samada ada yang "neutral". Cuba kita renungkan apa yang dikata oleh Presiden PAS.....
Hak dan keistimewaan Bumiputera khususnya orang Melayu yang merupakan penduduk majoriti di negara ini perlu dikekalkan, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"(Beri) kepada siapa yang berhak, majoritinya adalah Bumiputera yang miskin, yang bukan Bumiputera tidak seramai Bumiputera," katanya selepas melancarkan buku karyanya bertajuk Taktik dan Strategi Berpolitik Gaya Khulafa Ar-Rasyidin, sempena Jubli Perak Maahad Darul Al-Quran di Rusila, Marang hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua daripada DAP, agar kerajaan memansuhkan dasar pemberian diskaun kepada bumiputera dalam pemilikan hartanah komersial dan mewah di Selangor.
Abdul Hadi berkata bahawa kaum lain yang miskin juga wajib mendapat pembelaan sewajarnya daripada kerajaan.
Katanya tindakan Tony itu belum dibincangkan di peringkat kepimpinan parti pakatan pembangkang yang dianggotai PAS, DAP dan PKR.
Beliau turut menganggap kenyataan Tony lebih bersifat peribadi.
--Bernama
Membaca kenyataan diatas kami tak pasti samada Presiden PAS itu bersetuju diskaun 7% yang dimaksudkan itu dikekalkan. Ada kah pemberian diskaun itu termaktub didalam Perlembagaan Persekutuan? Hanya yang arif sahaja yang tahu.
Islam adalah agama yang adil. Semua kaum yang miskin juga perlu diberikan bantuan. Kami rasa itu salah satu maksud PM dalam visi "1 Malaysia" beliau.
Nak mansuhkan, kami rasa tidak patut. Tapi jika dikurangkan kepada 3.5%, tak salah kan? Diskaun 3.5% berbaki, 2% diberikan kepada bumiputera miskin dan 1.5% kepada lain kaum. Seperkara lagi, golongan memberi pinjaman pun mesti memberi sumbangan mereka. Berkemungkinan dengan memberi kadar pinjaman yang lebih rendah dan di panjangkan waktu bayaran.
Rakyat negara ini sepatutnya sudah menikmati taraf kehidupan yang tinggi pada waktu ini. Wawasan 2020 akan tiba dalam masa 10 tahun lagi. Nampak dan rasa lama, tapi kami rasa tidak. Jika negara kita tidak dapat mencapai maksud wawasan tu, kita akan menjadi bahan jenaka negara-negara lain. Tak percaya? Kita tunggu.....
So.....semoga Allah SWT memberi kita hidayan dan untuk menghadapi dan mengharungi segala cabaran mendatang. Amin.
Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan