DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Segala puji bagi Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi. Yang mengatur urusan makhluk. Selawat dan Salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Nabi dan Rasul Akhir Zaman dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.

Selamat datang. Selamat membaca. Semoga terhibur.

Jazakallah Khairan Kathira.Assalamualaikum Wrt. Wbt

Jumaat, Ogos 20, 2010

BFK 77. Nasi Lemak Kukus

Bismillah.
Assalamualaikum.

Rabu lepas kami berbuka dengan nasi lemak kukus. No problem, asal ada makanan yang nak dibuat berbuka. Alhamdulillah. 

Menurut pemerhatian kami, leceh juga proses nak buat nasi lemak ni. Jom2 ikut kami.....

Beras yang dah dibersihkan, dikukus selama 20 minit. Kemudian.....

Di punggah ke dalam satu ayan atau bekas dan direndam dengan santan. Direndam lama sampai beras kukus tadi betul2 dah diserap oleh santan. Macam cerita seram je. Hehe. Lepas tu.....

Bila dah puashati dengan proses penyerapan tu, toskan atau asingkan beras dari santan. Baru le sekali lagi.....

Dikukus sampai masak. Lama jugak kami rasa proses awal ke akhir masak nasi kukus ni. Masak nasi lemak biasa tu memang nampak senang sangat. Bersihkan beras dalam periuk nasi, letak santan, garam, daun pandan, tutup periuk, lap kering luar periuk nasi tu, letak dalam tempat memasaknya, onkan plug, siap. Hmmm.....

Wife nak buat, kami tak le menghalang. Sesekali buat, tak de salah pun. Nak tahu pelengkap nasi lemak kukus tu? Jom2 ikut lagi.....


Jadi kami perkenalkan, dari atas tu sambal tumis sotong rendam, sambal tumis ikan bilis, telur rebus, ayam goreng, ikan bilis dan kacang goreng dan timun. Cukup untuk sekali makan. Alhamdulillah. Bila digabungkan.....

Minta maaf kerana gambar tak berapa cantik. Dah termakan baru teringat nak ambil gambar. Lapor yop! Hehe.

Kawan2 cuba2 le masak kat rumah. Boleh bergurau senda dengan wife dan anak2 bila sama2 memasak. Seronok! Haha.

So.....semoga Allah SWT mengurniakan kita dengan keluarga yang bahagia. Amin.

Wassalam.  

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India